Bung Moktar Pertikai Malaysia Airlines Letak Harga Tak Masuk Akal

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin menyindir syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines yang meletakkan harga tambang begitu tinggi dengan berkata, ia tidak masuk akal bagi penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu.

Pengerusi Umno Sabah itu terkejut apabila mendapati harga tiket sehala dari Kuala Lumpur mencecah RM4499.32 selepas beliau cuba membuat tempahan dalam talian semalam.

“Saya mahu terbang kembali ke KK hari ini, tetapi (kerana harganya) saya masih belum membuat tempahan. Saya tidak percaya apabila melihat harga itu,” katanya kepada FMT.

Bung semalam dilihat memuat naik tangkap gambar di Twitter yang menunjukkan harga tiket seperti dipaparkan di laman web syarikat penerbangan tersebut.

“Saya tahu semua syarikat mengalami kerugian semasa Covid-19 melanda seluruh dunia, termasuk British Airlines, Virgin Air Australia, Ravneir Air.

“Namun, adalah tidak masuk akal jualan tiket MAS untuk perjalanan sehala,” tulis Bung menerusi hantaran di laman Twitter beliau.

Bung berkata, harga tiket yang terlalu tinggi akan menjejaskan pelancongan di Sabah, lebih-lebih lagi dengan pembukaan semula pelancongan domestik di negeri itu baru-baru ini.

“Pada masa yang sama, kerana kemerosotan ekonomi semasa, rakyat biasa pasti akan terbeban dengan tambang, terutama pelajar yang berhasrat untuk pulang ke Sabah,” katanya.

Pada 3 Julai, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob menggesa syarikat penerbangan mengembalikan harga tiket ke harga asal sebelum penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ismail berkata, Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) ditugaskan untuk mengadakan perbincangan dengan syarikat penerbangan berhubung penyelarasan harga tiket ke paras normal.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong juga memaklumkan kerajaan telah memberitahu 3 syarikat penerbangan untuk menurunkan tambang dan meningkatkan kekerapan penerbangan berikutan kelonggaran peraturan jarak sosial untuk perjalanan udara di bawah PKPP.

Wee berkata kementeriannya membuat pertemuan dengan MAS, AirAsia dan Malindo Air untuk membincangkan isu tersebut pada 11 Jun lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat