Penggodaman Besar-Besaran Twitter, Boleh Jadi Lebih Teruk Dari Yang Disangka

- Advertisement -

AMERIKA SYARIKAT: Aktiviti penggodaman secara besar-besaran akaun Twitter yang melibatkan akaun bekas presiden AS, bakal presiden masa depan, ramai ahli perniagaan jutawan, selebriti dan syarikat paling berharga di dunia yang semuanya mempromosikan penipuan bitcoin, mungkin menjadi sebagai salah satu bencana keselamatan siber terburuk yang pernah menimpa sebuah syarikat media sosial seperti Twitter.

Tetapi sementara skop aktiviti itu sendiri besar – mempengaruhi akaun milik Barack Obama, Joe Biden, Bill Gates, Elon Musk, Kanye West, Kim Kardashian West dan Warren Buffett – ia hanyalah sebahagian kecil dari masalah yang lebih besar, dengan implikasi keselamatan yang sangat merisaukan. Pakar keselamatan siber dan pembuat dasar sekarang bimbang bahawa penipuan Bitcoin itu mungkin menutup kebocoran data yang jauh lebih besar, melibatkan komunikasi peribadi antara orang paling berkuasa di dunia.

FBI mengesahkan semalam bahawa biro itu kini sedang menyiasat kejadian tersebut.

Serangan itu adalah peringatan yang nyata – di tengah-tengah tahun pemilihan Presiden Amerika Syarikat, mengenai kekuatan media sosial pada umumnya, dan Twitter (TWTR) khususnya, untuk menggoyahkan Amerika dan dunia. Walaupun mempunyai pangkalan pengguna yang jauh lebih kecil daripada pesaing seperti Facebook (FB), Twitter mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap media, pelabur dan pembuat dasar. Di sinilah tempatnya dimana pelbagai berita seperti CEO membuat pengumuman perniagaan dan Presiden AS sendiri kadang kala menyatakan dasar baru -berlaku. Dan serangan pada hari Rabu menunjukkan betapa rapuhnya sistem keselamatan Twitter.

Twitter menyalahkan serangan terancang penggodam terhadap sistemnya, secara khusus menyasarkan akaun Twitter Barrack Obama, Joe Biden, Bill Gates dan lain-lain.

Masih belum jelas apa tujuan utama serangan tersebut. Tetapi apa yang sedikit diungkap mengenai aktiviti penggodaman sejauh ini, ia telah menimbulkan kebimbangan serius dari kalangan pembuat dasar, pakar keselamatan dan beberapa sumber yang dekat dengan Twitter sendiri. Dengan tahap akses yang mereka nikmati, para penggodam dapat mencetuskan penjualan di pasar kewangan, mengeluarkan kenyataan palsu atau mengganggu seluruh kempen presiden.

“(Contoh) Sekiranya akaun Ivanka [Trump] membuat tweet hipotesis yang melampau seperti, ‘Saya sangat bangga dengan ayah saya malam ini kerana membuat keputusan yang sukar; perang nuklear tidak pernah mudah, tetapi kami akan memenangkannya,’ itu … akan menjadi masalah,” kata seorang bekas pekerja Twitter, yang enggan namanya disiarkan untuk mengelak tindakan undang kerana membincangkan perihal bekas majikannya.

Bagaimanapun, baik akaun Ivanka Trump maupun Presiden Donald Trump tidak terjejas oleh aktiviti penggodaman tersebut; Rumah Putih enggan mengulas mengenai perkara itu pada Rabu petang. Setiausaha akhbar Rumah Putih Kayleigh McEnany pada hari Rabu mengatakan bahawa Dan Scavino, Pengarah Media Sosial di Rumah Putih, telah “terus-menerus berhubung” dengan Twitter selama 18 jam untuk menjaga keselamatan akaun presiden.

“Presiden akan tetap menggunakan Twitter,” kata McEnany kepada media yang mengesahkan bahawa akaun presiden tidak pernah digodam dan tetap selamat – CNN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat