Bakteria Makan Besi, Ditemui Saintis Secara Tak Sengaja

- Advertisement -

CALIFORNIA: Para saintis telah menemui sejenis bakteria yang memakan dan mendapat kalori dari logam, setelah mengesyaki mereka wujud lebih dari seratus tahun tetapi tidak pernah membuktikannya.

Kini ahli mikrobiologi dari California Institute of Technology (atau Caltech) secara tidak sengaja menemui bakteria tersebut setelah melakukan eksperimen yang tidak berkaitan dengan menggunakan jenis mangan seperti kapur, unsur kimia yang biasa dijumpai.

Dr Jared Leadbetter, profesor mikrobiologi alam sekitar di Caltech di Pasadena, meninggalkan balang kaca yang ditutup dengan bahan tertentu semasa merendam air paip di sinki pejabatnya, dan meninggalkan bekas tersebut selama beberapa bulan ketika dia bekerja di luar kampus.

Semasa dia kembali, Leadbetter menemui balang yang dilapisi dengan bahan gelap. “Saya fikir, ‘Apa itu?’ “Leadbetter menjelaskan kepada sebuah akhbar. “Saya mula tertanya-tanya apakah mikro organisma yang dicari selama ini mungkin bertanggungjawab, jadi kami secara sistematik melakukan ujian untuk mengetahuinya.”

Para penyelidik mendapati bahawa lapisan hitam yang terdapat di dalam balang tersebut adalah mangan teroksida yang telah dihasilkan oleh bakteria baru ditemui – kemungkinan besar terdapat di air paip. “Ada bukti bahawa jenis bakteria ini tinggal dalam air bawah tanah, dan sebahagian air minum Pasadena adalah dipam dari takungan air bawah tanah tempatan,” katanya.

“Ini adalah bakteria pertama yang didapati menggunakan mangan sebagai sumber tenaga mereka,” kata Leadbetter. “Aspek mikrob yang sangat baik di alam semula jadi ialah bila mereka dapat memetabolisme bahan yang tidak lazim, seperti logam untuk menghasilkan tenaga yang berguna bagi sel.”

Penyelidikan baru ini juga menunjukkan bahawa bakteria dapat menggunakan mangan untuk proses yang disebut chemosynthesis, yang boleh mengubah karbon dioksida menjadi biomass.

Para saintis percaya penemuan itu akan membantu mereka memahami air bawah tanah dan sistem air yang tersumbat disebabkan oleh oksida mangan – CNN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat