KKM Kesan Tiga Lagi Kes Covid-19 Berkaitan Varian India – Dr Noor Hisham

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan tiga lagi kes baharu COVID-19 yang dijangkiti varian dari India B.1.617.2.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes membabitkan warga asing iaitu dua kes dikesan melalui Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) manakala satu lagi hasil saringan bergejala.

Katanya, semua kes mempunyai sejarah perjalanan ke India, menjadikan jumlah kumulatif varian India B.1.671 (termasuk sublineage B.1.617.1 dan B.1.617.2) kepada lima kes.

“Kerajaan sudah melanjutkan tempoh kuarantin wajib 14 hari kepada pengembara dari negara dengan penularan varian membimbangkan (VOC) dalam komuniti sejak 28 April lalu.

“Kerajaan turut mengadakan sekatan kemasukan pengembara bukan warganegara dari India sejak 7 Mei lalu berikutan penularan varian yang semakin membimbangkan,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut mengesan empat lagi kes VOC di negara ini yang dijangkiti varian Afrika Selatan B.1.351 dan dikesan di Kuala Lumpur membabitkan kes tempatan.

“Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang dijangkiti varian Afrika Selatan B.1.351 adalah 66 kes.

“Berikutan itu, KKM akan meneruskan pemantapan aktiviti kawalan penyakit berjangkit termasuk survelan epidemik, ujian saringan COVID-19 yang strategik, melakukan pengesanan kontak dan melakukan langkah kesihatan awam bagi membendung penularan varian ini dalam komuniti,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat