Agong, Permaisuri Berkenan Tunai Solat Hajat Untuk Palestin

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menunaikan solat sunat hajat di Istana Negara hari ini bagi mendoakan keselamatan rakyat Palestin.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua di Surau Utama Istana Negara pada 7.30 malam, diiringi Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin.

Solat sunat hajat itu dipimpin oleh Penolong Pegawai Agama Istana Negara Mohd Zuhairee Mohd Yatim dan disertai 40 anggota jemaah yang terdiri daripada pegawai serta petugas Istana Negara.

Solat sunat berkenaan, selepas solat Maghrib berjemaah, dilaksanakan mengikut garis panduan ketat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) termasuklah penjarakan fizikal serta pemakaian pelitup muka ketika solat.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah menitahkan masjid dan surau seluruh negara, serta rakyat di kediaman sendiri, untuk mengadakan solat sunat hajat dan doa selamat bagi memohon ihsan daripada Allah SWT untuk memelihara kesejahteraan rakyat Palestin daripada niat jahat rejim Israel. – Bernama

Advertisment

Topik Hangat

Biro Politik UMNO Putus Beri Notis Masa 14 Hari Sidang Parlimen

(kemaskini 12.30 a.m) KUALA LUMPUR - Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan memberi notis  14 hari kepada kerajaan agar memanggil sidang...

Parlimen Bersidang Segera, Vaksinasi Tanpa Birokrasi – Titah Agong

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah menitahkan m persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana...

Ada Gerakan Baharu Dari UMNO Untuk Sokong Anwar?

CYBERJAYA - Elit politik UMNO petang semalam gempar dengan pendedahan satu akaun twitter yang mendakwa ada gerakan terbaharu dari UMNO untuk menyokong Datuk Seri...

Berita Berkaitan

Ada MP UMNO ‘Sign’ Dokumen Sokong Anwar, Zahid Jadi Saksi, Dakwa Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim semalam mendedahkan seorang Ahli Parlimen daripada UMNO mengaku dirinya telah menandatangani dokumen sokongan...

Menteri dan Timbalan Menteri BN Ikrar Terus Sokong Muhyiddin Hingga PRU

PUTRAJAYA - Menteri dan Timbalan Menteri dari Barisan Nasional (BN) berikrar akan terus menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri disebalik notis...

BBC, Majlis Pembangkang Selangor Sokong Persidangan Dun Diadakan Segera

KUALA LUMPUR: Majlis Penyokong Kerajaan (BBC) dan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menyokong titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah...