Penularan Covid-19 Di Asia Cetus Kejatuhan Harga Minyak Dunia

- Advertisement -

TOKYO – Harga minyak didagangkan lebih rendah pada hari Isnin ketika pemulihan rangkaian saluran paip utama Amerika Syarikat (AS) mengurangkan kebimbangan terhadap bekalan dan gelombang baharu sekatan Covid-19 di Asia mendorong kebimbangan permintaan yang lebih rendah.

Kekurangan petrol yang melanda Pantai Timur AS perlahan-lahan pulih pada hari Ahad dengan 1,000 stesen lagi menerima bekalan kerana sistem Colonial Pipeline sejauh 5,500 batu (8,900 kilometer) pulih dari serangan siber yang melumpuhkan.

Niaga hadapan minyak mentah Brent turun sebanyak AS$0.08 atau 0.1%, pada AS$ 68.63 setong pada 0036 GMT dan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) susut AS$0.07 atau 0.1%, pada AS$65.30.

Kedua-dua kontrak melonjak hampir 2.5% pada hari Jumaat dan berjaya mencatat keuntungan kecil minggu lalu menandakan kenaikan mingguan ketiga berturut-turut.

“Harga minyak berada di bawah tekanan kerana lonjakan pandemi Covid-19 merebak dari India ke bahagian lain di Asia, yang meningkatkan kebimbangan mengenai pemulihan permintaan bahan bakar yang lebih perlahan.

”Kami menjangkakan harga Brent akan kekal dalam julat dagangan minggu ini, dengan sokongan yang diharapkan sekitar AS$63 setong,” kata Kazuhiko Saito, Ketua Penganalisis Broker Komoditi Fujitomi Co.g,” katanya.

Pelabur tetap berhati-hati kerana bimbang varian koronavirus yang pertama kali dikesan di India sangat mudah dijangkiti sudah merebak ke negara lain.

Beberapa negeri India memaklumkan akan memperpanjang sekatan pergerakan Covid-19 untuk mengekang wabak yang telah membunuh lebih dari 270,000 orang di negara ini. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat