Tangan Thommy Thomas, Latheefa Koya dan Gopal Sri Ram Dalam Kes Riza Aziz

- Advertisement -

EDITORIAL

Serangan dan kritikan Pakatan Harapan dan Thommy Thomas terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pejabat Peguam Negara (AGC) dalam persetujuan penyelesaian kes Riza Aziz sangat mengahirankan.

Kenyataan media Peguam Negara Tan Sri Idrus Bin Harun, hari ini, jelas menunjukkan usaha menyelesaikan kes tanpa melalui perbicaraan penuh telah bermula sejak zaman Thommy Thomas menjadi Peguam Negara lagi.

Perundingan menyelesaikan kes bermula pada 18 November 2019, apabila AGC menerima surat representasi dari peguam bela Riza Aziz agar semua pertuduhan terhadap anak guamnya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dikaji semula.

Surat representasi ini, antara lain, telah mencadangkantelah mencadangkan agar Riza Aziz melucuthak beberapa harta dan asetnya kepada Kerajaan Malaysia serta membayar kompaun mengikut Seksyen 92 AMLA.

Berdasarkan kenyataan media Peguam Negara, terdapat minit Thommy Thomas atas surat tersebut kepada Timbalan Kanan Pendakwa Raya Dato’ Seri Gopal Sri Ram untuk pertimbangan.

Minit ini bukan sahaja menunjukkan Thommy Thomas tahu mengenai perundingan tersebut, malah merestuinya. Jika Thommy Thomas tidak bersetuju sudah tentu beliau menolak dari awal dan mengarahkan perbicaraan penuh tanpa sebarang perundingan.

Malah menurut kenyataan media tersebut, minit dari Thommy kepada Gopal yang dicatatkan antara lain membawa maksud “berdasarkan cadangan-cadangan yang dinyatakan di atas, beliau bersedia untuk memberi pertimbangan kepada representasi tersebut.”

Gopal Sri Ram juga telah berbincang dengan Ketua Pengarah SPRM ketika itu, Latheefa Koya, agar menerima cadangan-cadangan dalam representasi tersebut.

Kenyataan media Peguam Negara ini sukar disangkal kerana Gopal Sri Ram sendiri tampil ke Mahkamah Sesyen dan memaklumkan kepada Hakim Azman Ahmad bahawa “Suatu persetujuan dicapai antara pihak pendakwaan dan tertuduh yang mana terma-termanya adalah kerajaan persekutuan akan terima sejumlah wang yang banyak mencecah beberapa juta ringgit.”

Gopal Sri Ram adalah pendakwaraya lantikan politik oleh Thommy Thomas dan Pakatan Harapan untuk menjadi pendakwaraya utama kes-kes membabitkan 1MDB dan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak.

Gopal Sri Ram boleh menarik diri dari kes terbabit jika bukan beliau yang membuat keputusan menerima penyelesaian ini.

Hakikat beliau hadir ke mahkamah dan memaklumkan persetujuan AGC dengan tertuduh menunjukkan beliau bersetuju dan mengesahkan bahawa perundingan ini telah bermula sejak zaman Thommy Thomas dan PH lagi.

Janganlah menafikan kebenaran hanya kerana mahu meneruskan agenda politik masing-masing.

– Suara.tv

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat