KES RIZA AZIZ: KENYATAAN MEDIA PEGUAM NEGARA

Jeffrey lepaskan jawatan di Persekutuan, fokus Sabah

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Menteri Sabah yang baru diangkat, Datuk Dr Jeffrey Kitingan memilih untuk melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya...

Difitnah Tawarkan Ayam Goreng Berulat Kepada Pelanggan, McDonalds Sedia Ambil Tindakan Undang-Undang

Sebelum ini, kita dikejutkan dengan berita seorang gadis sengaja sebar fitnah dengan mengatakan ayam goreng dibelinya di McDonalds berulat. Justeru itu, gadis tersebut bertindak...

Nizam kuarantin dua minggu

KUALA LUMPUR: Penyanyi Gugurnya Bunga Cinta, Nizam Laksamana terpaksa menjalani tempoh kuarantin selama dua minggu di rumah selepas pulang dari Sabah, kelmarin. Dalam perkongsian menerusi...

Tak sorok nikah

KUALA LUMPUR: Pelakon filem Jangan Pandang Belakang, Intan Ladyana, 38, tidak akan merahsiakan berita perkahwinannya, sebaliknya berkongsi andai sudah tiba jodohnya. Sebelum ini, desas-desus yang...

Najwa Shihab ‘interview’ kerusi

Hos terkenal Indonesia, Najwa Shihab mencuri perhatian ramai apabila menemubual kerusi bagi menggantikan Menteri Kesihatan Indonesia, Terawan Agus Putranto pada program kendaliannya, Mata Najwa,...

Riza Shahriz Bin Abdul Aziz (“Riza Aziz”) telah dipertuduhkan dengan lima kesalahan pengubahan wang haram yang boleh dihukum dibawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 [Akta 613] kerana menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah USD248,173,104.00 yang berkait dengan 1MDB di antara April 2011 dan November 2012.

2. Semenjak pemfailan pertuduhan, Riza Aziz telah mengemukakan beberapa representasi ke Jabatan ini melalui Peguam Cara beliau, Tetuan Scivetti & Associates. Saya difahamkan bahawa kronologi surat perhubungan antara Jabatan Peguam Negara/SPRM dan Peguam Cara Riza Aziz, sebelum pelantikan saya sebagai Peguam Negara, adalah seperti berikut:

    a. Pada 18 November 2019, Peguam Cara telah menghantar satu surat representasi ke Jabatan ini memohon agar semua pertuduhan terhadap Riza Aziz di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dikaji semula. Surat representasi ini, antara lain, telah mencadangkan agar Riza Aziz.

    i. Menyerahkan haknya ke atas tiga (3) hartanah yang telah disita oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dan Riza Aziz perlu memberi kerjasama untuk mengembalikan harta-harta tersebut atau nilainya kepada Kerajaan Malaysia. Hartanah tersebut adalah:

    a. Satu (1) unit banglo di Beverly Hills, California;
    b. Satu (1) unit pangsapuri di New York; dan
    c. Satu (1) unit rumah bandar di London, United Kingdom;

    ii. Bersetuju agar wang yang dirampas daripadanya yang menjadi hal perkara dalam satu kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dilucuthakkan kepada Kerajaan Malaysia; dan

    iii. Membayar sejumlah kompaun selaras dengan peruntukan seksyen 92 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

    Saya telah dinasihatkan bahawa mantan Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas, setelah meneliti surat representasi ini, melalui satu minit bertarikh 19 November 2019, telah memohon pandangan daripada Timbalan Kanan Pendakwa Raya Dato’ Seri Gopal Sri Ram, dan turut menyatakan berdasarkan cadangan-cadangan yang dinyatakan di atas, beliau bersedia untuk memberi pertimbangan kepada representasi tersebut.

    Saya selanjutnya telah dinasihatkan bahawa Dato’ Seri Gopal Sri Ram, setelah berbincang dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu, Puan Latheefa Koya, telah mencadangkan agar cadangan-cadangan yang dinyatakan di dalam representasi tersebut diterima oleh SPRM.

    Saya juga telah dinasihatkan bahawa Tan Sri Tommy Thomas telah secara prinsip bersetuju dengan cadangan tersebut. Ini telah membuka jalan kepada rundingan lanjut dan perancangan mekanisme yang perlu diambil, diadakan.

    b. Pada 11 Mac 2020, pihak Peguam Cara telah menghantar satu lagi surat representasi mengukuhkan cadangan-cadangan yang telah dikemukakan sebelum ini dan memberi aku janji bahawa, jika Riza Aziz gagal untuk mematuhi mana-mana terma dan syarat yang dinyatakan, kelima-lima pertuduhan pengubahan wang haram yang dikenakan ke atasnya dikekalkan.

    Perkara ini telah dibentangkan kepada saya setelah saya dimaklumkan tentang pendirian terdahulu Tan Sri Thomas. Setelah ditaklimatkan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya yang mengendalikan perkara ini, saya bersependapat dengan pandangan mantan Peguam Negara sebagaimana yang telah ditaklimatkan kepada saya, dan telah bersetuju untuk menerima tawaran Riza Aziz tertakluk kepada pematuhan yang ketat terhadap semua terma dan syarat.

    c. Pada 16 April 2020, pihak SPRM telah membalas surat Peguam Cara yang secara asasnya menyatakan bahawa Pendakwa Raya bersedia untuk memohon satu perintah pelepasan tanpa embebasan (DNAA) ke atas kelima-lima pertuduhan tertakluk kepada Riza Aziz mengambil langkah-langkah untuk memastikan semua wang dan harta-harta yang disita dikembalikan kepada Kerajaan Malaysia dan seterusnya membayar kompaun selaras dengan seksyen 92 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Anti-Pembiayaan Keganasan 2001.

    d. Pada 21 April 2020, pihak SPRM telah menulis kepada pihak Peguam Cara mengarahkan agar Riza Aziz turut melepaskan hak, hak milik, dan kepentingannya ke atas satu lagi aset yang dikenali sebagai “Metropolis Poster” yang merupakan sebuah poster 3-helai berwarna litograf berbingkai ciptaan seorang pelukis dari Jerman bernama Heinz Schulz-Neudamm untuk filem senyap bertajuk “Metropolis” yang telah diterbitkan pada tahun 1927.

    e. Pada 13 Mei 2020, pihak SPRM sekali lagi telah menulis kepada pihak Peguam Cara mengarahkan Riza Aziz untuk turut memindahkan sejumlah USD14,087,072.76 yang berada di dalam satu akaun escrow di Huntington National Bank di Amerika Syarikat kepada Kerajaan Malaysia.

3. Dengan perkiraan ini, Kerajaan Malaysia dijangka akan menerima kembali sejumlah kira-kira USD108 juta (tertakluk kepada harga jualan sebenar aset-aset dan penolakan apa-apa kos) untuk dikreditkan ke dalam Akaun Amanah Pemulihan Aset 1MDB. Ini adalah tambahan kepada USD57,036,688.68 yang telah dilucuthak sebelum ini dalam bulan April 2019 daripada Red Granite Pictures, sebuah syarikat yang dimiliki bersama oleh Riza Aziz, yang mana dana tersebut dapat dikesan berkaitan dengan 1MDB.

4. Perkiraan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan dalam mendapatkan kembali aset-aset berkaitan dengan 1MDB. Saya telah dimaklumkan bahawa rundingan dengan beberapa pihak dalam tahun-tahun lepas, terutama berkaitan dengan aset yang berada di luar negara, telah dengan jayanya mendapatkan kembali serta pemulangan wang-wang yang akan meringankan beban Kerajaan dalam membayar hutang-hutang 1MDB. Rundingan tersebut adalah amat rumit, memerlukan kerjasama erat dengan pihak berkuasa di luar negara, dan masih berterusan.

Tan Sri Idrus Bin Harun
Peguam Negara / Pendakwa Raya 17 Mei 2020

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Jeffrey lepaskan jawatan di Persekutuan, fokus Sabah

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Menteri Sabah yang baru diangkat, Datuk Dr Jeffrey Kitingan memilih untuk melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya...

BERSATU Mungkir Janji, Bung ‘Mengamuk’ Di Hadapan Hajiji

Kota Kinabalu - Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dikatakan mengamuk di hadapan Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Seri Hajiji Noor...

Bung Moktar Dilantik Timbalan Ketua Menteri Sabah (1)

KOTA KINABALU: Pengerusi Perhubungan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah, YB Datuk Sri Bung Moktar Radin dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah 1. Majlis mengangkat...