UMNO, PAS, Bersatu, PKR & Amanah Bentuk Kesatuan Baharu Depani PRU-15?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Gelombang politik baharu tanah air bakal berubah lagi, apabila hari ini Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin memulakan langkah pertama mencadangkan satu gabungan politik baharu yang berpaksikan kepada agenda Melayu dan Islam.

Beliau mengemukakan pelan jajaran politik baharu yang melibatkan semua parti Melayu- Islam yakni UMNO, PAS, Bersatu, PKR dan Amanah untuk sama-sama berunding membentuk pakatan gergasi parti yang sama-sama berjuang dalam pertembungan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Nazir mempertahankan cadangannya menerusi keyakinan yakni perbezaan ideologi politik yang mengakibatkan perpecahan orang Melayu- Islam seperti yang berlaku hari ini sangat merugikan negara.

Malah Nazir turut menyatakan bahawa sekiranya negara ini diperintah oleh parti Islam semua kaum akan selamat.

“Hala tuju parti Melayu-Islam yang kita cadanngkan ini membawa maksud bahawa UMNO dan PAS di bawah payung Muafakat Nasional (MN) ini kita ada matlamat yang sama.

“Sekarang ini usaha kita lebih kepada untuk menarik parti lain bersama dengan MN, kita boleh bergabung dan tidak berpuak-puak lagi,” katanya dalam Majlis Iftar Ramadan Ukhwah Islamiah anjuran Pemuda UMNO Titiwangsa yang turut dihadiri wakil PAS, Armada Bersatu, PKR dan Amanah.

Tegas Nazir tidak ada yang mustahil mengenai cadangan dan rancangan beliau itu kerana “kita baca al -Quran yang sama, sujud kepada Tuhan yang sama, kenapa kita tak boleh duduk semeja?

“Saya secara peribadi menyeru kepimpinan UMNO di peringkat pusat yakni Majlis Kerja Tertinggi (MKT) serta pimpinan parti-parti Melayu yang lain supaya kita dapat pecahkan tradisi kita… yang mana kita duduk berpuak-puak dan berkumpulan mengikut ideologi politik masing-masing.

“Kenapa kalau Pemuda UMNO, PAS Titiwangsa dan PKR boleh duduk sekali, kenapa yang pimpinan di atas tak nak mulakan?

“Kita jadikan hari ini sebagai titik-tolak supaya kita dapat bersama di peringkat tertinggi. Letak tepi ideologi politik, selagi kita mendukung agama Islam ,Ahli Sunnah wal jamaah, kita mesti mengorak langkah ke depan.

“Rakyat mendambakan supaya Melayu- Islam khususnya parti politik dapat bersatu untuk membina negar kerana perbezaan ideologi politik orang Melayu- Islam berpecah belah itu yang berlaku hari ini dan akhirnya merugikan negara.

“Pemuda UMNO Titiwangsa kita tak ada masalah untuk bekerjasama dengan sesiapapun tak kira parti mana asalkan menyokong aspirasi yang sama, kita sangat terbuka,” jelas beliau.

Nazir juga memberitahu, anak muda di luar sana mendambakan penyatuan ini, rakyat sudah bosan dengan politiking melampau, rakyat nak orang Melayu- Islam bersatu.

Bahkan katanya, Ramadan inilah masanya untuk redakan suhu politik sekali gus mengorak langkah masa depan lebih gemilang.

“Ini titik permulaan, saya dapat sokong Ketua Pemuda Wilayah Perseutuan, Mohamed Nizham Abdullah Hamidi dan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Rashidi Abd Razak untuk bawa usul ini ke peringkat negeri dan ke atas, kita harap cadangan ini akan diteruskan.

“Saya menyeru sekali lagi agar kepimpinan UMNO di peringkat MKT dan parti politik di peringkat pusat, bulan ramadan panggil smeua duduk semeja letak tepi perbezaan politik. Kita berpegang kepada tali ALLAH dan janganlah kita bercerai-berai,” seru Nazir.

Dalam pada itu beliau memberitahu situasi tegang politik hanya berlaku di peringkat atasan namun di sayap parti dan akar umbi hubungan damai.

“Cuma di peringklat atas yang bergaduh, tapi saya nak cakap orang muda selagi kita buat benda betul mereka akan sokong,” kata beliau.

Nazir juga mendedahkan rundingan agihan kerusi di peringkat pimpinan tertinggi masih belum dimulakan dan cadangan yang dikemukakan ini masih ada jalan untuk direalisasikan.

“Saya nak gabungan baru tak kiralah disebut jajaran baru ke kesatuan baru ke yang penting semua parti Melayu Islam kena bekerjasama, cari jalan nama nak letak gabungan ke terserah.

“Tak menjadi satu kesalahan, saya himpun semua pihak pun parti saya tak akan ambil tindakan terhadap saya jadi kenapa di peringkat tertinggi tak mengorak langkah yang sama? Panggil duduk berbincang asalkan matlamat kita sama.

“Jika gabungan politik besar ini dilaksana saya dan UMNO sedia korbankan kerusi kami. Sebagai Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa kita tak ada pilihan selain wala’ kepada pimpinan dan juga kepimpinan.

” Kita tidak akan berjaya menjadi satu parti. Jadi kita kena faham dan horamt kepada institusi. Kalau kepimpinan kata kita kena korban bagi kerusi kepada sesiapa kita kena berkorban buat semua atas kepentingan parti bukan untuk saya dan UMNO itu sendiri.

“UMNO menyokong agama Islam dan meraikan kaum-kaum lain dengan adil dan saksama. Bahkan semasa UMNO memerintah kita tak ada masalah yang teruk sangat dari segi perkauman, jadi kita tak mahu apa yang berlaku semasa kerajaan sebelum ini, kita dapat lihat ketegangan.

“Sekiranya UMNO, PAS, Islam memerintah Insyaallah semua selamat,” ujar beliau.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Titiwangsa, Abdul Rahman Hamzah juga menyokong penuh pelan politik Nazir.

“Kita boleh bergabung, gabungan ini PAS dah sedia gabung dengan Amanah dan PKR kerana, Presiden kami, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kata perpaduan ummah gabungan Islam.

” Tuan guru kami nak penyatuan ummah, hal demikian, kami PAS konsisten untuk satukan Islam seluruh negara,” tegas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat