Rusia Didakwa Terus Tambah Kekuatan Tentera Di Sempadan Ukraine

- Advertisement -

LONDON – Ketua perisikan Britain mendedahkan bahawa Rusia terus membina kekuatan tentera di sempadan negara berkenaan dengan Ukraine walaupun Presiden Vladimir Putin menyatakan bahawa Moscow memilih keamanan, lapor akhbar MaiOnline semalam.

Perkara itu dinyatakan selepas mesyuarat menteri-menteri pertahanan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Brussels memaklumkan bahawa tiada bukti yang menyokong dakwaan Rusia bahawa Moscow telah mengundurkan tenteranya.

“Bertentangan dengan dakwaan tersebut, Rusia sebaliknya terus membina keupayaan ketenteraan di sempadannya dengan Ukraine,’’ kata Leftenan Jeneral Jim Hockenhull menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan.

“Ini termasuk penampakan kenderaan berperisai tambahan, helikopter dan hospital lapangan yang bergerak ke arah sempadan. Rusia mempunyai bilangan tentera yang cukup untuk menceroboh Ukraine,’’ jelas beliau.

Sebelum ini, menteri-menteri pertahanan NATO berkata, mereka bimbang dengan penempatan tentera Rusia dan sekali lagi menggesa Kremlin untuk kembali ke jalan diplomasi selaras dengan komitmen antarabangsanya.

Setiausaha Agungnya, Jens Stoltenberg berkata, NATO sedang mempertimbangkan untuk menubuhkan kumpulan pertempuran baharu di tengah, timur dan tenggara Eropah untuk menentang ancaman dari Moscow yang disifatkan sebagai normal baharu.

Rusia berulang kali menafikan bahawa mempunyai sebarang niat untuk menyerang Ukraine walaupun kira-kira 130,000 tentera dikumpulkan di sepanjang sempadan. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,591FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat