PRN Johor: Tiada Masalah Pertembungan Banyak Penjuru, Politik Itu Dinamik – Mahdzir

- Advertisement -

CYBERJAYA – Jangkaan kemungkinan berlaku pertembungan banyak penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak mendatangkan masalah kepada parti-parti politik yang bertanding, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Memetik laporan Utusan, Mahdzir berkata, perkara itu juga sebahagian daripada amalan demokrasi yang diamalkan di negara ini terutama dalam soal pilihan raya.

“Pertembungan (banyak penjuru) ini adalah sesuatu yang dinamik pada musim ini, jadi saya ingat untuk demokrasi tak ada masalah. Kita sudah berada pada tahap peradaban bangsa yang tinggi.

“(Contoh) saya tak ada masalah duduk dengan Pengerusi Kejora (Lembaga Kemajuan Johor Tenggara), saya Naib Presiden UMNO dan beliau daripada parti lain (Parti Pribumi Bersatu Malaysia),” katanya dalam sidang akhbar sempena Lawatan Kerja Menteri Pembangunan Luar Bandar ke Kejora yang turut dihadiri Pengerusi agensi itu, Datuk Che Zakaria Mohd. Salleh.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai pengumuman Parti Warisan Sabah (Warisan) yang menjadi parti terbaharu mengesahkan penyertaan pada PRN Johor, 12 Mac ini yang menjadikan sekurang-kurangnya pertembungan lima penjuru jika parti itu bergerak solo.

Sebelum ini, selain Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) turut mengesahkan akan meletak calon mereka di 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Memetik laporan sama, ketika diminta mengulas ‘serangan’ Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap UMNO termasuk isu ‘kluster mahkamah’, Mahdzir berkata, keputusan terletak di tangan pengundi.

Beliau berpandangan, dalam pilihan raya yang kini berada pada era digital, orang ramai boleh menilai apa-apa perkara yang melibatkan ahli politik.

“Di luar sana ada (masyarakat) kelas pertengahan, teknokrat dan golongan profesional termasuk yang tinggal di kampung jadi penilaian yang akan dibuat mereka adalah pada hari mengundi nanti,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat