Tarif Air Pulau Pinang naik berganda, dulu 22 sen kini 50 sen – Kon Yeow

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Kadar tarif air domestik di Pulau Pinang naik berganda bermula 1 Februari ini umum Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Pengguna yang menggunakan sehingga 20 meter padu air sebulan akan dikenakan 50 sen setiap meter padu, berbanding kadar terdahulu 22 sen.

Dalam pada itu, pengguna yang menggunakan 20 hingga 35 meter padu air sebulan akan dikenakan RM1.10 setiap meter padu, manakala penggunaan lebih 35 meter padu akan dikenakan RM2 setiap meter padu, berbanding kadar semasa masing-masing 46 dan 68 sen, lapor FMT di Georgetown.

Ini susulan pengumuman Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bahawa tarif air untuk pengguna domestik di Semenanjung dan Labuan akan dinaikkan secara purata 22 sen untuk setiap meter padu.

Pulau Pinang menjadi negeri pertama yang mengumumkan tarif baru air.

Kerajaan Pulau Pinang menyediakan dua skim rebat, satu untuk isi rumah B40 yang terdiri kurang daripada lapan orang, dan satu lagi untuk isi rumah miskin tegar dengan pendapatan isi rumah maksimum RM1,035 sebulan.

Exco negeri Zairil Khir Johari berkata diskaun bulanan sebanyak RM10 akan diberikan kepada isi rumah ini di bawah kedua-dua skim tersebut.

Isi rumah miskin tegar tidak perlu memohon rebat kerana butiran mereka terdapat dalam sistem bantuan e-Kasih, tetapi keluarga B40 yang layak boleh memohon skim satu lagi di pejabat Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).

Zairil berkata ini lebih bersasar berbanding skim rebat terdahulu yang turut dinikmati isi rumah kaya yang terdiri sekurangnya lapan orang.

Sementara itu, Kon Yeow berkata mengekalkan kadar tarif bagi pengguna domestik sejak 31 tahun lalu telah memberi kesan terhadap pendapatan PBAPP.

Tambahnya, pendapatan syarikat air itu penting untuk memastikan ia dapat beroperasi dengan lancar sambil membina infrastruktur air baru dan mengekalkan yang sedia ada.

“Kita tidak boleh berharap untuk mengekalkan kadar tarif (sebelum ini) selamanya. Kadar tarif yang statik bermakna kita tidak akan mempunyai dana untuk menjalankan projek-projek ini,” tambah Kon Yeow.

Walaupun PBAPP menjangkakan untuk memperoleh pendapatan sebanyak RM86 juta setahun dengan tarif yang lebih tinggi, Chow berkata syarikat itu masih perlu memperuntukan sekitar RM78 juta setahun dalam bentuk subsidi.

Kon Yeow menegaskan ini adalah “masa yang paling sesuai dan tepat” untuk menaikkan tarif air, dan berkata gangguan bekalan selama empat hari minggu lalu menunjukkan perlunya untuk menaiktaraf infrastruktur yang sedia ada.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat