Maklumat tak tepat tular pantas jadi mudarat kepada PDRM – Shuhaily

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kepantasan penularan sesuatu maklumat yang tidak tepat pada hari ini dianggap sebagai suatu yang berbahaya dan boleh memberi kemudaratan bukan hanya kepada masyarakat malah kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Penyebaran maklumat yang tidak tepat dan diterima secara mentah-mentah oleh masyarakat akan membuatkan sesuatu perkara itu sebagai konteks ‘Kita Sudah Dihukum Sebelum Dihakimi’ tanpa mendapatkan keadilan yang setimpal.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata secara kebiasaan kes-kes yang tular menerusi media sosial adalah contoh kes yang sudah dihakimi dari awal sebelum perbicaraan berlangsung.

“Tidak kira sama ada kes itu membabitkan ahli politik, penjawat awam, selebriti dan dalam kalangan orang awam sendiri, kes-kes yang tular sering dihakimi dengan andaian dan persepsi yang tidak tepat.

“Dengan pelbagai teknologi-teknologi terkini seperti 5G, kita semua terdedah kepada hukuman awal biarpun proses pengadilan belum bermula.

“Meskipun tanpa sebarang maklumat atau bukti sahih, masyarakat tidak mempedulikannya apatah lagi untuk individu yang menjadi subjek utama mendapatkan keadilan,” katanya dalam Amanat Perutusan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah di PULAPOL, petang semalam, lapor BH.

Shuhaily berkata, terdapat segelintir dalam kalangan masyarakat yang memahami situasi sebenar tetapi mereka tidak berani untuk menyuarakan atau mengeluarkan pandangan.

“Ada segelintir masyarakat pada hari ini yang tidak mempunyai pemahaman dalam sesuatu fakta sama ada ianya tepat atau tidak.

“Dari segi pemahaman, orang ramai seharusnya mendapatkan pengesahan rasmi sama ada sesuatu perkara atau kejadian itu sahih atau tidak namun proses pemikiran sewajarnya seperti itu semakin berkurangan,” katanya.

Beliau berkata secara amnya tindakan menyuarakan reaksi tanpa berfikir boleh mengganggu-gugat keharmonian dan menjejaskan ketenteraman awam.

“Mengambil kira daripada persepsi masyarakat ini juga sering saya tegaskan kepada semua pegawai dan anggota JSJ untuk melakukan perubahan kepada melakukan perkara yang lebih baik.

“Sama ada kita melakukan perkara benar atau tidak ada pengguna media sosial pada hari ini cepat menghukum sedangkan proses undang-undang belum lagi bermula, di sinilah saya tegaskan tentang kurangnya ilmu pengetahuan,” katanya.

Katanya, terdapat juga pihak yang hanya mengikut pendapat orang lain secara melulu tanpa mengetahui kesahihan sebenar.

“Contohnya dalam kes jenayah, ada yang mempersoalkan kenapa tiada tangkapan, kenapa tiada reman namun mereka tidak mengetahui tentang peruntukan undang-undang sedia ada sama ada sesuatu kes itu boleh membawa kepada tangkapan atau tidak.

“Malah ada yang mengkritik polis kenapa melakukan tangkapan sedangkan kita sudah selesai melakukan siasatan dan sebab itu tindakan tangkapan dibuat.

“Perkara ini sebenarnya bukan berkaitan dengan polis sebaliknya adalah cara dan kematangan masyarakat di negara kita berfikir,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat