Malaysia tuan rumah ‘Asean Regional Correctional Conference’ 21 Januari ini

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KAJANG – Malaysia buat pertama dan julung kalinya dipilih menjadi tuan rumah bagi penganjuran Asean Regional Correctional Conference (ARCC) yang dijadualkan berlangsung di Akademi Koreksional Malaysia (AKM) , Langkawi pada 21 hingga 23 Januari ini.

Timbalan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa & Pemindahan Jabatan Penjara Malaysia (JPM) , Penolong Kanan Komisioner Penjara, SAC Kalbin Hj Mohd Said berkata demikian di sini pada Rabu.

Menurut SAC Kalbin, persidangan ini diadakan untuk menghimpunkan pentadbir – pentadbir penjara dan koreksional di peringkat negara rantau Asean bagi membincangkan cabaran-cabaran yang serupa.

‘Transforming Correction’ merupakan tema yang dipilih kali ini dan JPM memulakan inisiatif merancang untuk menganjurkan ARCC di peringkat Asean sebagai platform ke arah perkongsian amalan terbaik sistem kepenjaraan, selain mengeratkan hubungan dua hala antara pentadbir penjara di rantau ini, ”katanya.

“Bagi mempastikan persidangan ini berjalan lancar, JPM telah menjalankan persiapan dengan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Kedah, Kementerian Dalam Negeri (KDN) jabatan dan agensi lain seperti, Bahagian Istiadat & Protokol Jabatan Perdana Menteri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Sebanyak dua belas agenda dan item akan dibentangkan dalam persidangan ini antaranya, Pusat Pembangunan Peradaban Kebudayaan Kemanusiaan, Pengurusan Infrastruktur Penjara Lama, Penahanan Pra Pembicaraan (Reman), Amalan Koreksional (melibatkan kerjasama di antara pihak berkuasa kehakiman dan sukarelawan di Jepun) dan Cabaran & Penyelesaian Baharu Kepenjaraan ,”katanya lagi.

“Dianggarkan seramai 130 delegasi dalam dan luar negara dari Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam termasuk pegawai-pegawai kanan JPM dan agensi-agensi kerajaan akan menyertai persidangan ini.

Selain itu, beberapa buah pertubuhan dan organisasi antarabangsa turut dijemput antaranya HM Prisons and Probation Service (HMPPS) United Kingdom, Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC), Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) dan United Nations Asia and Far East Institute for the Prevention of Crime and Treatment of Offenders (UNAFEI) Fuchu, Tokyo.

Persidangan yang berlangsung selama tiga hari itu akan dirasmikan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail dan dihadiri oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Hj Ruji Ubi dan Ketua Pengarah Penjara, Komisioner Jeneral Penjara, CGP Datuk Nordin Muhamad, ”ujarnya.

Maklumat lanjut mengenai ARCC boleh di layari di laman sesawang Jabatan Penjara Malaysia melalui pautan: https://arcc.prison.gov.my -SUARA.TV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat