Cili Bara buah tangan Bomba Nenasi

- Advertisement -

KUANTAN – Bagi menyahut saranan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mewujudkan suasana balai dalam taman, pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Nenasi, dekat Pekan mengusahakan tanaman cili bara sejak September tahun lalu.

Menggunakan kaedah fertigasi, inisiatif itu mendapat kerjasama Yayasan Pahang (YP) dan sudah mengeluarkan hasil sejak sebulan lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Nenasi Pekan Mohd Noor Hisyam Kadri

Ketua Balai itu, Mohd Noor Hisyam Kadri berkata, lebih 100 kilogram (kg) cili bara berjaya dituai dan dijual semula kepada YP.

“Projek ini sebenarnya bermula pada 2019, tetapi tergendala seketika akibat masalah yang tidak dapat dielakkan.

“Kami mengusahakan kembali projek ini pada September tahun lalu dan untuk fasa pertama kita tanam 1,000 pokok cili bara di tapak seluas suku ekar (0.025 hektar) dalam perkarangan balai,” katanya.

Mohd Noor Hisyam berkata, selepas tiga bulan diusahakan, mereka dapat menuai hasil pertama awal Disember lalu dan setakat ini sudah menuai hasil sebanyak tiga kali iaitu lebih 100 kg.

Katanya, semua peralatan bagi projek fertigasi itu diuruskan pihak YP termasuk latihan kepada anggota.

“Hasil tuaian dijual kepada pihak terbabit dan agihan keuntungan pula kami putuskan 80 peratus dibahagikan kepada anggota dan bakinya disimpan untuk kegunaan balai,” katanya lagi.

Ditanya adakah projek itu mengganggu tugasan harian anggota balai berkenaan, Mohd Noor Hisyam memberitahu tugas hakiki tetap menjadi keutamaan dan mereka hanya meluangkan masa dua kali sehari menguruskan tanaman itu.

“Kita bahagikan kepada tiga pasukan untuk menjaga cili bara ini, setiap pasukan ada bahagian masing-masing dan tidak timbul soal projek cili fertigasi boleh mengganggu tugas utama sebagai anggota bomba,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat