Tiada lagi pelajar panjat pokok untuk dapatkan capaian Internet – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kerajaan akan memastikan kawasan berkepadatan rendah, desa dan pedalaman disediakan liputan Internet yang secukupnya untuk memudahkan pelajar mengikuti pembelajaran secara dalam talian, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kerajaan juga akan memastikan tiada lagi situasi pelajar terpaksa memanjat pokok hanya untuk mendapatkan liputan Internet.

“Saya sudah beritahu Menteri Digital (Gobind Singh Deo), mulai akhir tahun ini sehingga seterusnya tidak ada lagi pelajar yang panjat pokok untuk dapatkan liputan kerana kita ada 5G.

“Kita ada 5G, maka hal ini kita akan terus buat coverage bagi kawasan pendudukan rendah, low density, agar dapat beri liputan terutamanya di kawasan Felda, desa, Orang Asli dan pedalaman wajib diberikan coverage secukupnya,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2024 di Kuantan, lapor Bernama.

Hadir sama Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat