Tiada rakyat Malaysia terlibat gempa di Aceh dan Sumatera Utara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Konsulat Jeneral Malaysia di Medan mengesahkan  tiada rakyat negara ini yang terlibat dalam kejadian gempa bumi di Aceh dan Sumatera Utara, Indonesia.

Konsulat dalam kenyataan Itu berkata, gempa bumi berkuran 6.2 pada skala Ritcher telah berlaku di wilayah berkenaan pada jam 5.30 pagi waktu tempatan.

“Setakat ini tiada sebarang kehilangan nyawa dilaporkan dan kerosakan infrastruktur masih lagi sedang dinilai oleh pihak berkuasa.

“Konsulat Jeneral Malaysia di Medan telah mengesahkan bahawa setakat ini tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut,” katanya.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan dan pertanyaan lanjut boleh menghubungi Konsulat di talian +62624531342 atau +62614523992 .

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat