Ahli Umno setakat boleh marah, tapi tak boleh halang Tengku Zafrul sertai PKR – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno tidak boleh menghalang Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sekiranya beliau menyertai PKR.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Puad Zarkashi berkata, Tengku Zafrul berhak menentukan parti mana yang beliau mahu sertai.

“Betul cakap Tengku Zafrul. Hak dia untuk tentukan parti mana dia mahu sertai.

“Ahli Umno setakat boleh marah tetapi tidak boleh buat apa apa.

“Kalau betul Tengku Zafrul sertai PKR, yang patut kena marah ialah PKR. Parti itu ada kuasa untuk tolak jika ia ada moral untuk jaga hati kawan apa lagi setiakawan Kerajaan Perpaduan,” kata Puad dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau lagi, mesti ada sebab musabab luar biasa kenapa Tengku Zafrul laku macam pisang goreng panas.

“Sekarang parti politik macam syarikat koporat. Ada orang bertaraf CEO yang laku pergi ke mana mana parti politik.

“Mungkin kali ini sebab musabab itu ada unsur titah adendum yang PKR tidak boleh ingkari,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat