Malaysia – Indonesia meterai MoU perkenal Homestay dua negara

- Advertisement -

BOGOR — Usaha mempromosikan Homestay di Malaysia yang merangkumi kepelbagaian budaya, adat dan tradisi berjaya direalisasikan menerusi majlis mendatangani memorandum persefahaman (MoU) di sini, semalam.

MoU diantara Pertubuhan Pengusaha Homestay Malaysia (PPHM) Malaysia dan Association Of Fhe Indonesian Tours and Travel Agencies (ASITA) Kota Bogor, Indonesia ini diadakan adalah bagi memperkukuhkan lagi kerjasama dua negara yang memiliki keunikan tradisi dan nilai-nilai yang sama. 

Naib Presiden Pertubuhan Pengusaha Homestay Malaysia (PPH), Basir Wagiman berkata pihaknya sentiasa melaksanakan program mempromosikan keistimewaan dan keunikan Homestay yang ada di Malaysia.

“Melalui homestay, kita boleh tunjukkan kepelbagaian jenis pakaian kita, makanan kita, juga bidang pembuatan kita.

“Seperti kampung kita boleh tunjukkan seperti IKS, juga yang lain-lain kita boleh promosikan kepada bukan sahaja kepada rakyat Indonesia, tapi daripada masyarakat seluruh antara dunia yang boleh datang ke Malaysia.

“Kita akan tunjukkan keunikan-keunikan yang ada dekat Malaysia,” katanya selepas majlis mendatangani MoU, di Hotel Amaris, Pakuan.

Beliau menambah apa yang penting, MoU ini mampu melonjakkan industri pelancongan negara sekaligus melonjakkan ekonomi Malaysia.

“Itu penting bagi saya sebab kita dapat sama-sama merasa, sama-sama mempromosikan, sama-sama juga kita pengalaman-pengalaman baru dan juga ekonomi-ekonomi yang boleh menambah kepada industri pelancongan.

“Insyallah mudah-mudahan memang kita sentiasa merancang sebab kita satu negara jiran yang terdekat dan di sini banyak pembaruan-pembaruan, keunikan-keunikan yang kita boleh ambil, kita akan sama-sama mempromosikan untuk Indonesia dan juga untuk Malaysia dan kita akan timba pengalaman-pengalaman kat sini untuk kita bawa ke Malaysia untuk kita promosikan yang mana kat Indonesia pun banyak tempat-tempat yang boleh dilawat,” katanya.

Dalam majlis yang sama, Ketua DPC Association of The Indonesian
Tours and Travel Agencies (ASITA) Kota Bogor Ir. Anni Nuraini berharap dengan adanya kerjasama ini mampu memberi motivasi serta wawasan kepada industri pelancongan baik di Malaysia mahupun Indonesia.

“Kalau MoI tadi lebih kepada bagaimana kita bekerjasama untuk mempromosikan bersama sama mempromosikan homestay di Malaysia.

“Kalau dengan ASITA mungkin lebih ke hubungan promosi pekej pelancongan, oleh itu nanti pekej pelancongan di Malaysia itu seperti apa kita cuba membantu meramu membuat pekej yang menarik untuk orang Indonesia datang ke homestay di Malaysia.

Terdahulu, kedua-dua pihak telah menandatangani MoU dan mencapai persefahaman untuk seperti berikut ;

-Bekerjasama dalam memperkukuhkan, mempromosikan, dan membangunkan industri pelancongan antara kedua-dua pihak berdasarkan prinsip kesaksamaan dan manfaat bersama.

-Meningkatkan promosi kunjungan dan pertukaran pelancong antara kedua-dua negara melalui inisiatif bersama.

-Meneroka bidang kerjasama lain yang akan dipersetujui secara bersama oleh kedua-dua pihak pada masa hadapan.

-Tidak membawa kepada sebarang kewajipan kewangan melainkan jika dipersetujui secara bertulis oleh kedua-dua pihak.

Untuk rekod, sebanyak 38 agensi pelancongan, persatuan dan kraftangan Malaysia menyertai lawatan ‘Jelajah Nusantara’ dalam rangka mempromosikan Tahun Melawat HomeStay 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026

Presiden Persatuan Homestay Malaysia, Datuk Sahariman Hamdan sebelum ini berkata, penyertaan Malaysia dalam jelajah kali ini mendapat sokongan penuh dari kedutaan besar Malaysia Datuk Syed Md Hasrin Tengku Husein dan Pengarah Tourism Malaysia, Hairy Mohd Yakzan.

‘Jelajah Nusantara’ ini telah bermula dari Jakarta, Bogor & Bandung selama lima hari iaitu 15 sehingga 19 Disember 2024.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat