Meski ada sejarah hitam, KJ paling mirip Tun M – Shahril

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Cara pembawakan politik Khairy Jamaluddin Abu Bakar disifatkan paling mirip dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Label itu dinyatakan bekas Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan malah kata beliau meskipun sebelum ini ada ‘sejarah hitam’ antara Khairy dan Dr Mahathir namun tanpa sedar dua tokoh itu memiliki karektor yang sama.

Kata Shahril meskipun umum maklum Khairy dan Dr Mahathir pernah tak berlaga angin sebelum ini namun dalam podcast Keluar Sekejap Isnin lalu tiada sebarang aura tegang antara dua figura berkenaan.

“Saya tak dapat kenal pasti apa -apa ketegangan atau ada sejarah gelap antara kedua-dua ini (KJ dan Dr Mahathir).

“Saya tak tahu KJ tahu atau tidak, sewaktu saya kerja dengan KJ dulu dan dalam pasukan dalam team KJ dalam pejabat waktu KJ bertanding lawan Mukhriz dan juga Khir Toyo ada satu jenaka dalam pejabat yang mengatakan bahawa sebenarnya orang yang paling mirip dengan Tun M dari segi cara pembawakan politiknya adalah KJ.

“…dan walaupun KJ ‘bergaduh’ dengan Tun M , KJ lebih dekat sifatnya dengan Tun M daripada apa yang KJ sedar,” kata Shahril, pada Khamis.

Dalam pada itu, Shahril juga mengambarkan wujud rasa penghormatan KJ terhadap bekas Perdana Menteri itu.

“Saya rasa ada penghormatan, KJ juga beberapa kali mengaku bahawa KJ mengambil Tun M sebagai inspirasi secara tidak langsung,” ulas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat