KJ anggap isu dengan Tun M selesai

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin Abu Bakar menganggap isu berbangkit antara beliau dan Tun Dr Mahathir Mohamad sudah selesai.

‘It’s Okaylah, Tun M dan saya juga, kita dah selesai lah,’. Itu jawapan ringkas, Khairy atau KJ berhubung isu yang berbangkit antaranya dengan Dr Mahathir dengan menganggapnya sudah selesai.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu juga bersetuju dengan permintaan bekas Perdana Menteri itu bahawa tiada keperluan untuk isu antara mereka dipanjangkan lagi.

“Tak payah dipanjangkan lagilah. Beliau (Tun M) pun dalam bual bicara itu kata ‘not discuss anymore’,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran dan Memperkenalkan Pasukan Jelajah Negeri Sembilan 2023 di Sri Sendayan, Seremban, semalam, lapor BH.

Khairy yang juga Presiden Persatuan Berbasikal Negeri Sembilan (PBNS) diminta mengulas rancangan temubual podcast Keluar Sekejap yang menjemput Dr Mahathir sebagai tetamu, baru-baru ini.

Pada program Keluar Sekejap dikendali dan dihoskan bekas Menteri Kesihatan bersama bekas Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan itu, Khairy bertanya kepada Mahathir “Kenapa Tun tak suka saya?”.

Mahathir yang kelihatan sedikit tergamam bagaimanapun menjawab soalan itu dengan tenang dengan mengatakan ia disebabkan Khairy pernah bersaing dengan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turut dijemput dalam program sama, tanpa mengiyakannya, beliau berkata, akan ada elemen kejutan pada program itu akan datang.

“Kita ada perancangan untuk jemput pelbagai tokoh, jadi antaranya adalah ‘surprise’, takkan kita nak umumkan, kita simpan dulu.

“Ada (kemungkinan) Tun M akan dijemput sekali lagi tapi bukan dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam pemilihan Umno pada Mac 2009, Khairy menewaskan Mukhriz dan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dalam pertarungan tiga penjuru untuk merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno.

Podcast bersama Dr Mahathir itu ditonton oleh 1.6 juta orang dalam tempoh 26 jam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat