Melaka langkah pertama BN bangkit semula – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jentera Barisan Nasional (BN) yang kini sedang bertungkus lumus di Melaka adalah langkah pertama kebangkitan semula BN,” kata Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Kata beliau, meski berdepan pelbagai percubaan untuk melemahkan jentera-jentera BN, ternyata itu tidak sedikit pun melunturkan keyakinan mereka dalam perjuangan ini.

” Saya dimaklumkan seluruh jentera BN di Melaka ketika ini sedang giat berkempen tidak kira malam atau siang, hujan mahupun panas. Walau ada percubaan melemahkan semangat jentera-jentera BN, ternyata itu tidak sedikit pun melunturkan keyakinan mereka terhadap perjuangan ini.

” Saya sangat terharu mendengar perkhabaran tersebut. Mereka terus bergerak tanpa henti. Itulah sebuah jasa dan bakti yang amat besar ertinya. Bukan sahaja kepada Melaka, malah seluruh rakyat Malaysia yang tidak sabar untuk menyaksikan langkah pertama BN mengembalikan kestabilan demi kemakmuran bermula di Melaka.

” Saya dari kejauhan sentiasa mendoakan kesejahteraan seluruh jentera BN yang bertungkus lumus memenangkan calon BN calon rakyat tanpa mengenal erti penat lelah. Semoga sentiasa dalam perlindungan Yang Maha Agung tidak kira di mana mereka berada di Melaka, demi sebuah perjuangan yang murni dan penuh bermakna,” ujarnya.

Presiden UMNO memberitahu bahawa seluruh jentera BN yang terlibat pada PRN Melaka kali ini akan tercatat dalam sejarah sebagai pemangkin kepada kebangkitan semula BN.

” Kebangkitan BN untuk kembali sebagai parti teras mentadbir negara dan negeri-negeri seperti kegemilangan masa lalu yang sangat dirindui rakyat Malaysia.

” Yakinilah bahawa perjuangan itu sebuah perjuangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang yang tulen bagi menegakkan kebenaran demi masa depan rakyat dan negara.

” Jauhilah jentera BN kami daripada segala marabahaya dan penyakit. Lindungilah keselamatan mereka dan peliharalah kesihatan mereka.
Permudahkanlah urusan mereka untuk menjulang kebangkitan BN dalam PRN Melaka demi kemaslahatan dan masa depan Malaysia tanah air kami,” ucap Zahid.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat