Beras Kerteh FC kini di pasaran

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kelab Bola Sepak Kerteh melakar satu lagi kejayaan apabila melancarkan produk beras Premium Super Import Cap Buah-Buahan sebagai salah satu produk terbaharu kelab.

Kerteh FC dalam satu kenyataan memberitahu kelab bola sepak itu bekerjasama dengan Yacob Tahir Enterprise Sdn Bhd pada Selasa memeterai jalinan kerjasama berkenaan

Majlis pelancaran ringkas telah diadakan di ibu pejabat syarikat kelab, KAL Services Sdn Bhd, Kerteh sebentar tadi.

Dalam majlis ringkas ini, wakil kedua-dua belah pihak telah menzahirkan rasa gembira dengan termeterainya kerjasama ini setelah perbincangan awal dilakukan
sejak Oktober tahun lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yacob Tahir Enterprise Sdn Bhd, Mohamad Adam Suffian Yacob, lebih membanggakan logo, warna rasmi dan elemen-elemen kelab bukan sahaja berada pada plastik bungkusan beras tetapi ianya juga akan turut diletakkan pada kenderaan pengangkutan seperti lori tangki dan kargo syarikat tersebut bagi tujuan iklan dan komersial. Manakala logo beras Cap Buah-Buahan pula akan diletakkan pada lengan jersi utama Kerteh FC.

“Pihak kami merasa yakin dengan kekuatan jenama Kerteh FC yang merupakan sebuah kelab yang sedang membangun serta mempunyai nilai komersial tambahan di pasaran apatah lagi ia adalah antara pasukan bola sepak komuniti yang sedang mencipta nama ketika ini.

“Sebelum ini pasaran beras cap buah-buahan kami hanyalah tertumpu di daerah Setiu, Besut, Bachok dan Pasir Putih sahaja. Dengan kerjasama bersama Kerteh FC
ini, ianya dapat menambahkan lagi keyakinan kami bahawa kerjasama ini akan membawa jenama beras kami ke pasaran yang lebih luas capaiannya selepas ini,” ujarnya.

Kata beliau, syarikatnya memanfaatkan pemasaran melalui medium sukan bola sepak kini telah menjadi satu trend baharu kepada Industri Kecil dan Serdahana (IKS) di dalam negara ketika ini.

Sementara itu, Presiden Kerteh FC, Mohd Razeman Mat Nashim berkata pihaknya percaya hubungan keusahawanan dan perniagaan dalam industri sukan dapat membuka jalan yang lebih luas kepada mana-mana IKS dalam mengembangkan perniagaan mereka.

” Harapan kami, kerjasama bersama syarikat Yacob Tahir Enterprise ini akan dapat dipertingkatkan lagi pada masa hadapan. Ini kerana syarikat ini bukan sahaja hanya
mengeluarkan beras tetapi ada juga beberapa produk barangan asas yang lain seperti minyak masak, telur, garam dan lain-lain lagi.

” Bermula hari ini, peminat dan penduduk Kerteh boleh merasai keenakkan Beras Super Premium Cap Buah Buahan di kedai-kedai runcit terpilih sekitar Kerteh, Kemasik dan akan berkembang lebih luas lagi selepas ini di daerah Kemaman dan Dungun,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat