Bantuan Awal Persekolahan RM150 disalur mulai Januari 2024

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada setiap murid secara sekali bayar, akan memberi manfaat kepada seramai 5,254,200 orang murid seluruh negara.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataannya, berkata BAP akan disalurkan bermula Januari 2024 menerusi sekolah masing-masing sebelum diagihkan secara tunai atau kredit ke dalam akaun setiap murid.

“Kementerian mengambil perhatian kebimbangan sesetengah pihak mengenai ketiadaan BAP dalam Pengumuman Belanjawan 2024 seperti dilaporkan media.

“Belanjawan 2024 memperuntukkan RM788,130,000 khusus untuk tujuan BAP. Setiap murid dibayar RM150 secara one-off (sekali bayar) bermula Januari 2024 menerusi sekolah secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.

“KPM percaya BAP dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa serta penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan datang,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai dinasihatkan untuk merujuk laman web khas Belanjawan 2024 Malaysia MADANI yang disediakan oleh Kementerian Kewangan bagi mendapatkan maklumat tepat mengenai Belanjawan 2024.

Laman web ini boleh diakses menerusi pautan di bawah: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/.

Pada pembentangan Belanjawan 2024, Jumaat lalu kerajaan memperuntukkan lebih RM788 juta untuk meneruskan pelaksanaan BAP berbanding RM450 juta tahun lalu.

Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2024 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan bagi Kementerian Pendidikan menunjukkan sebanyak RM788,130,000 diperuntukkan untuk BAP 2024.

Selain itu, peruntukan bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) turut dinaikkan kepada RM784 juta berbanding RM625 juta tahun lalu.

Elaun murid berkeperluan khas diperuntukkan sebanyak RM199 juta berbanding RM181 juta tahun sebelumnya.

Belanjawan 2024 memperuntukkan sebanyak RM58.7 bilion kepada Kementerian Pendidikan, sekali gus mengekalkan pendidikan sebagai komponen utama yang menerima peruntukan tertinggi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat