PAS Tak Bermusuh Dengan UMNO, Sedia Kerjasama Bila-Bila Masa – Takiyuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Hubungan Pas dan Umno bukan musuh meskipun kedua-dua parti tidak bersama menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam gagasan penyatuan ummah.

Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, partinya tidak pernah menolak kerjasama dengan Umno.

“Kenyataan Presiden Pas (Tan Sri Abdul Hadi Awang) sebelum ini pun hanya mengeratkan hubungan dengan Perikatan Nasional (PN), tetapi tidak pernah menyatakan tidak bekerjasama dengan Umno.

“Kalau disebut penyatuan ummah maka kita tidak boleh bermusuh walaupun tidak berkawan. Jangan kita isytihar musuh,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Beliau yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup Program Pendakian 121 Puncak Sempena Sambutan Ulangtahun Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) di Taman Eko Rimba di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha KeTSA Datuk Rosli Isa dan Ketua Pengarah JPSM Datuk Indera Mohd Ridza Awang.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, Pas bersedia membentuk kerjasama dengan PN serta Umno pada bila-bila masa termasuk selepas PRU15.

Mengenai keputusan Pas mahu menggunakan lambang parti itu di tiga negeri bawah pentadbirannya iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah pada PRU15, beliau berkata, persetujuan sudah dimuktamadkan bersama PN.

“Setakat ini kita sudah dapat lampu hijau daripada PN untuk guna logo Pas di negeri ditadbir Pas.

“PN memahami rasional Pas minta menggunakan logo Pas. Jika dilihat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum ini PKR menggunakan logo sendiri walaupun anggota komponen Pakatan Harapan (PH). Itu bergantung kepada kebenaran parti,” katanya.

Ditanya mengenai desas-desus beliau sudah mendirikan rumahtangga dengan seorang ahli politik wanita, Takiyuddin enggan mengulas.

“Beliau seorang pengundi, jadi boleh dikatakan ahli politik juga,” katanya berseloroh. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat