Kalau Nak Hantar Isteri, Anak, Menantu, Diri Sendiri Tanding Di Gombak Pun Boleh – Azmin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan wakil rakyat yang berpindah ke tempat lain untuk bertanding, bukanlah pemimpin yang jujur dan ikhlas.

Beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen Gombak berkata, wakil rakyat sepatutnya memberi khidmat dan mengurus kawasan yang diberi mandat oleh rakyat, bukan asyik mengatakan tidak suka orang tertentu.

“Itu bukan pemimpin namanya. Kemudian tak cukup dengan itu, isteri, menantu semuanya dibawa. Ini politik apa.

“Tapi tak mengapalah. Rakyat cukup matang untuk menentukan pilihan siapa wakil rakyat mereka,” katanya di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, sesiapa pun boleh bertanding di mana-mana kerana Malaysia negara demokrasi.

“Kalau sesiapa nak hantar isteri, anak, menantu, diri sendiri pun boleh juga. Saya tiada masalah.

“Rakyat Gombak ada kuasa untuk menentukan masa depan Gombak,” katanya.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan akan bertanding di Gombak.

Ada juga ura-ura mengatakan penyandang kerusi Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan bertanding di Gombak.

Menyentuh mengenai sama ada beliau akan mempertahan kerusi Parlimen Gombak, Mohamed Azmin berkata, pengundi di Gombak meningkat kepada 200,000 orang dan kerana pertumbuhan ekonomi menjadikan Gombak menjadi kawasan strategik.

“Namun saya yakin masih ada ruang untuk pembangunan Gombak. Usaha kita jalankan ini supaya rakyat dapat nikmat dan limpahan ekonomi dari pertumbuhan yang pesat.

“Lepas saya tinggalkan Selangor sebagai Menteri Besar, nampak prestasinya merosot sedikit. Jadi, tanggungjawab saya untuk kekalkan kecemerlangan Selangor supaya terus membangun dan dapat memberi manfaat kepada rakyat dengan menjalinkan hubungan di antara kerajaan negeri dan Persekutuan,” katanya. – BH

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat