Muhyiddin Tuntut Penjelasan Keputusan Muktamar PAS Mahu Kerjasama Dengan UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) menuntut Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menjelaskan keputusan muktamar parti itu yang mahu meneruskan kerjasama dengan UMNO melalui Muafakat Nasional (MN).

Ia termasuk hasrat Pas yang ingin berbincang dengan UMNO.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pas sepatutnya membincangkan perkara ini terlebih dahulu dengan PN.

“Saya akan tanya dalam mesyuarat malam ini (mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi PN) sebab setahu saya tidak ada laporan yang diberikan kepada PN tentang kemajuan kerjasama.

“Kalau saya, bila saya mengadakan rundingan dengan mana-mana pemimpin politik macam yang pernah saya buat dulu dengan parti-parti lain, saya akan maklum dan saya dapatkan pandangan sama ada wajar atau tidak, itu saya lakukan,” katanya di sini hari ini.

Jelas Muhyiddin, keputusan Muktamar Pas itu berbeza dengan pendirianParti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mahu menentang Barisan Nasional (BN)-UMNO.

Lantaran itu, keputusan muktamar parti Pas akan memberi kesan yang buruk kepada Perikatan Nasional PN).

“Kita tidak mahu dilihat sebagai sebuah gabungan yang mempunyai pelbagai pendirian, tentulah tidak baik untuk masa depan PN.

“Oleh itu, kita nak jelas perkara ini kepada rakyat dan masyarakat umum apa sebenarnya pendirian PN,” tambah Muhyiddin.

Sementara itu Muhyiddin mengulangi keputusan UMNO sebelum ini yang tidak lagi mahu bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya akan datang.

“Kita telah banyak kali bincang, saya dengar kenyataan pihak pimpinan UMNO pertama mereka menolak Bersatu pada PAU setahun lepas.

”Kita sudah tubuh PN, Pas bersama kita. Jadi kita nak dapat penjelasan Pas macam mana kita nak menghadapi PRU, adakah akan tentang BN, bagi saya memang begitu,” ujar Muhyiddin. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat