Pandora Papers: PM Beri Jaminan Tiada Campur Tangan Kerajaan, Serah Pada Pihak Berkuasa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan terbuka dan tidak akan mencampuri dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa berkenaan kandungan dan pendedahan Kertas Pandora baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan kerajaan terbuka untuk mana-mana pihak berkuasa yang terlibat untuk melakukan siasatan sekiranya ada bukti terhadap apa yang dilaporkan oleh pihak berkenaan.

“Dalam negara, kita terbuka kalau didapati ada kes terhadap sesiapa sahaja pun, pihak berkuasa boleh mengambil tindakan, kita terbuka dan serah pada pihak berkuasa.

“Apa yang berita yang dikeluarkan, berasaskan pada itu (laporan tersebut) kita serah kepada pihak berkuasa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Kita tidak sekat tindakan daripada pihak berkuasa kepada sesiapa. Tapi ia mestilah mempunyai bukti,” kata beliau dalam sidang media selepas mengadakan tinjauan di Perumahan Awam Seri Perak di sini, pada Sabtu.

Baru-baru ini terdapat laporan pendedahan yang dijalankan pihak International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) telah memetik beberapa figura penting negara berkaitan pemilikan akaun luar pesisir, sepanjang 25 tahun lalu.

Antara individu yang dikaitkan menerusi pendedahan berikut ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ahli perniagaan, Tun Daim Zainuddin bersama beberapa ahli keluarganya serta Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Timbalan Menteri Kewangan, Yamani Hafez Musa.

-Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat