UMNO Tangga Batu Sudah Kenal Pasti Calon Untuk Tentang Idris Haron

- Advertisement -

MELAKA: UMNO Bahagian Tangga Batu sudah mengenal pasti calon yang akan bertanding di dua kerusi panas iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dan Pantai Kundor, menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak lama lagi.

Ketuanya, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, kedua-dua individu tersebut adalah pemimpin yang disenangi dan disukai penduduk sekitar.

“Dua calon tersebut, biarpun belum pernah bertanding dalam sebarang pilihan raya umum (PRU) tetapi diyakini dapat memenangi hati penduduk di DUN berkenaan.

“Selain itu, seluruh penduduk di DUN itu telah kita santuni terutama sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac tahun lalu ketika banyak rakyat terkesan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Berkelompok Cawangan-cawangan UMNO Bahagian Tangga Batu di Dataran Baitul Tariq, Klebang Permai, di sini hari ini.

Terdahulu, portal berita ini melaporkan, UMNO Melaka bersedia mempertahan kerusi DUN Sungai Udang dan Pantai Kundor yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, beliau menyerahkan kepada Mohamad Ali untuk menguruskan kawasan-kawasan di bawah pentadbirannya.

Dalam pada itu, Mohamad Ali berkata, tiada kesangsian dua kerusi tersebut dapat dipertahan Barisan Nasional (BN).

Jelasnya, keyakinan untuk menang adalah berdasarkan maklum balas daripada pengundi yang kecewa dengan tindakan bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan mengkhianati parti.

Menurutnya, majoriti penduduk mula hilang kepercayaan terhadap kedua-dua ADUN tersebut, bersama dua lagi wakil rakyat yang menarik sokongan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.

“Apa yang telah dilakukan oleh mereka (Idris dan Nor Azman) penduduk sudah tahu. Kini masanya adalah untuk memastikan dua kerusi berkenaan dimenangi oleh calon UMNO yang akan diketengahkan.

“Jentera parti sudah bergerak sejak BN tumbang pada PRU-14 hingga sekarang dan hanya menunggu bila PRN akan diadakan,” ujarnya.

– UTUSAN ONLINE

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat