Setiausaha Eksekutif MIC Nafi Seleweng Peruntukan Dana MITRA

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Setiausaha Eksekutif MIC, Ak Ramalingam menafikan berhubung isu yang tular terutamanya di media sosial berkenaan dana MITRA yang melibatkan dirinya.

Tegasnya, beliau amat terkilan dengan tuduhan menyeleweng duit yang melibatkan dana Unit Transformasi Masyarakat India (Mitra) Bagi Projek Malaysia Aquaculture Entrepreneurship Programme (Macep).

“Saya berasa amat terkilan dan dukacita berhubung isu yang tular terutamanya di media sosial berkenaan dana MITRA yang melibatkan saya di mana ini dipercayai adalah agenda politik pihak tertentu untuk menggugat serta merosakkan inisiatif saya bagi masyarakat India khususnya belia India B40.

“Saya hendak tegaskan di sini bahawa MACEP (Malaysia Aquaculture Entrepreneurship Programme) adalah satu inisiatif yang dirancang secara terperinci khususnya bagi kumpulan belia India B40. Inisiatif ini telah saya lancarkan pada tahun 2020 setelah saya dilantik sebagai Ahli Jemaah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).”katanya melaui kenyataan media.

Dalam pada itu, beliau meminta kepada mereka yang telah menuduhnya agar membuat laporan polis jika dana MITRA telah disalah gunakan olehnya,

“Saya menyeru semua pihak agar jangan terus memfitnah demi kepentingan politik kerana ianya hanya akan merugikan masyarakat kita sendiri.

“Harapan saya kepada masyarakat India, khususnya belia agar jangan runtuhkan inisiatif ini demi kepentingan politik sesetengah pihak. Kita harus berganding bahu dan merealisasikan inisiatif MACEP ini dan membuktikan bahawa kita boleh mewujudkan usahawan yang berjaya dalam industri akuakultur.” Ujarnya.

Katanya lagi, pihaknya tidak menerima sebarang penyaluran dana daripada pihak MITRA sehingga kini walaupun pihaknya telah menandatangani perjanjian kontrak atau “Contractual Agreement” pada tahun 2020. -SuaraTV

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat