Demi rakyat, Kelantan pilih pendekatan mesra Persekutuan – MB

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Kelantan mengambil pendekatan matang dan sejahtera dengan Persekutuan dalam mengukuhkan lagi hubungan antara kerajaan dengan kerajaan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud yang baharu mengangkat sumpah untuk jawatan itu semalam berkata, pendekatan itu bagi memastikan kesejahteraan rakyat negeri ini terus terpelihara.

Menurutnya, konsep tersebut selari dengan semangat federalisme antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan.

“Justeru, saya mengharapkan sokongan dan dokongan penuh daripada semua pihak untuk sama-sama untuk memastikan pentadbiran negeri berjalan lancar.

“Selain itu, saya juga akan meneruskan legasi Membangun Bersama Islam (MBI) yang menjadi dasar pentadbiran Kerajaan Kelantan sebelum ini,” katanya lapor Utusan di Kota Bharu pada Rabu.

Terdahulu, beliau yang juga ADUN Meranti melaporkan diri bagi memulakan tugas rasmi sebagai Menteri Besar Kelantan yang ke-19.

Mohd Nassuruddin memberitahu, Dasar Membangun Bersama Islam yang diamalkan sebelum ini telah terbukti berkesan dalam meletakkan Islam sebagai asas pentadbiran, kemakmuran negeri dan kebajikan rakyat.

Katanya, pada masa sama beliau mahu Menteri Besar untuk semua rakyat Kelantan tanpa mengira latar belakang kaum dan sebagainya.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu, Pas bersama Bersatu menerusi kerjasama Perikatan Nasional (PN) menang 43 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

Kemenangan itu menyaksikan PN Kelantan membentuk kerajaan dengan majoriti dua pertiga.

Credit foto: Urus Setia Penerangan Dan Komunikasi Negeri Kelantan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat