Annuar Kritik Wan Saiful Kejar Jawatan, Tak Peduli Nasib Rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bersatu dikritik kerana terlalu mengejar jawatan sedang rakyat bergelut dengan tekanan inflasi dan kos sara hidup.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa membidas Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang dikatakan menggunakan bahasa tidak sopan dan tuduhan kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob “menipu” berkenaan pertemuan dengan delegasi Perikatan Nasional (PN).

“Kenyataan media Datuk Wan Saiful Wan Jan berhubung pertemuan PN dengan Perdana Menteri langsung tidak membantu partinya malah lebih merosakkan imej beliau dan imej Bersatu.

“Bahasa dan tuduhan “menipu” yang dilemparkan terhadap Perdana Menteri bukan sahaja tidak sopan, malah tidak benar.

“Sedangkan Bendahari PN, Datuk Seri Samsuri Mokhtar lebih cermat bila mengesahkan ada pertemuan yang turut melibatkan beliau seperti dijelaskan oleh Perdana Menteri. Tertib bahasanya juga jelas dalam menyatakan PN berhasrat menemui Perdana Menteri sekali lagi,” ujar Annuar dalam kenyataan semalam.

Kata Ahli Parlimen Ketereh itu, harus diingat tiga daripada empat yang dikatakan wakil Bersatu (Datuk Seri Hamzah Zainudin, Datuk Seri Azmin Ali, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, kecuali Datuk Seri Samsuri Mokhtar adalah anggota jemaah menteri yang setiap minggu berjumpa dan bersama Perdana Menteri. Justeru pertemuan bukanlah sesuatu yang terlalu sulit dan perlu dihebohkan dalam media.

Malah kata Annuar, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berjumpa Perdana Menteri baru-baru ini tanpa sebarang publisiti. Itulah sebaiknya.

“PM mungkin mempunyai sebab tersendiri kenapa beliau tidak mahu membesar-besarkan soal perjumpaan.

“Fahamilah bahawa sebenarnya rakyat tidak suka bila pemimpin dilihat tidak habis-habis bercakap tentang jawatan tanpa mengira ketika dan keadaan.

“ Memang benar, ia bukan satu kesalahan, tetapi wajarkah soal kedudukan dan jawatan dibangkitkan ketika rakyat sedang bergelut untuk hidup berikutan kenaikan kos dan tekanan inflasi yang perlu diurus dan diberi keutamaan oleh kerajaan?

“Saya percaya pertemuan antara pemimpin sering dan akan sentiasa diadakan,” kata Annuar lagi.

Dalam keadaan sekarang ini ia akan menjadi sangat afdal jika digunakan untuk mencari penyelesaian terhadap masalah-masalah rakyat daripada dijadikan medan untuk menekan dan menuntut sesuatu yang tidak dialu-alukan oleh rakyat,” tegas beliau.

“Dalam politik, bertindak secara berhemah dan penuh kebijaksanaan lebih berkesan dari semata-mata mahu dilihat berani,” kata Annuar.

Semalam Wan Saiful menyatakan ketidakpuasan hati susulan
tuntutan jawatan Timbalan Perdana Menteri masih tidak dipenuhi oleh Perdana Menteri.

Hal demikian beliau berkata, PN mahu mengadakan perjumpaan rasmi dengan Perdana Menteri.

Kata Wan Saiful, PN tidak mahu perjumpaan kasual ketika makan tengah hari sebaliknya pertemuan rasmi membabitkan delegasi PN bersama Perdana Menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat