TalentCorp Giat Perkasa Wanita

- Advertisement -

GEORGE TOWN: Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) giat meningkatkan budaya kepelbagaian, ekuiti dan keterangkuman atau D-E-I (Diversity, Equity and Inclusion) dalam usaha memacu pemerkasaan golongan wanita di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp, Thomas Mathew berkata, ia amat penting bagi menyediakan persekitaran kerja yang kondusif, menyokong dan mengupayakan wanita supaya dapat menyumbang potensi sama rata dengan lelaki dalam dunia kerjaya.

Usaha itu, katanya, selaras dengan mandat TalentCorp di bawah Kementerian Sumber Manusia untuk menarik, memupuk dan mengekalkan bakat yang terbaik tanpa mengira jantina serta memenuhi keperluan industri.

“TalentCorp juga berperanan mengemudi agenda nasional untuk pemerkasaan ekonomi kumpulan bakat yang kurang diwakili dan kurang dimanfaatkan terutama golongan wanita.

“Ini dicapai melalui beberapa inisiatif utama termasuk program latihan “Career Comeback”; amalan keseimbangan kehidupan bekerja atau (work-life practice); Majlis Pakar Agenda Wanita (Women Agenda Council of Experts) dan program “YES! Women” serta “YES! Rock The School”,” katanya.

Beliau berucap dalam majlis perasmian National Diversity Summit and Women Career Convention 2022 ataupun NDS dan WCC 2022 di sini semalam yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam, Chong Eng.

Menurut Mathew, menerusi pelancaran NDS dan WCC itu, TalentCorp komited memupuk penglibatan wanita dalam tenaga kerja Malaysia dan memberi perhatian yang lebih besar kepada cabaran yang masih dihadapi oleh wanita di tempat kerja.

“Matlamat kami adalah untuk memastikan pasaran buruh Malaysia bebas daripada diskriminasi dan peminggiran selaras dengan visi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

“Kami juga berharap bahawa syarikat-syarikat di Malaysia akan terus meningkatkan usaha dan komitmen untuk membangunkan tenaga kerja dan tempat kerja yang mengutamakan kepelbagaian, inklusiviti serta kesaksamaan,” katanya.

Dalam pada itu Mathew menambah, pencapaian dan sumbangan wanita dalam pembangunan negara amat signifikan bukan sahaja dalam aspek sosial, malah merangkumi semua aspek pembangunan negara termasuk ekonomi dan politik.

Hal itu katanya, dapat dilihat melalui peningkatan skor tahunan negara dalam Global Gender Gap Index oleh World Economic Forum.

“Saya berharap semua pihak berkepentingan boleh bersama-sama berganding bahu supaya negara boleh mencapai 59 peratus penyertaan wanita dalam pasaran kerja pada tahun 2025 seperti yang diperincikan dalam Rancangan Malaysia Ke-12,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,495FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat