PM Hargai Wartawan Wanita, Salur Peruntukan RM300 Ribu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengumumkan peruntukan RM300 ribu kepada Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (PERTAMA) sempena ulang tahun ke-51.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan, kemajuan dan kemakmuran yang dikecapi negara hari ini tidak hanya disumbangkan oleh pemimpin negara mahupun tokoh ekonomi, bahkan juga golongan wartawan termasuk wartawan wanita memainkan peranan penting dalam pembinaan dan pembangunan masyarakat sejak sebelum merdeka lagi.

Kata beliau, tanpa mengira penat dan cabaran dihadapi termasuklah terdedah kepada bahaya, wartawan wanita juga komited melaporkan pelbagai berita, rencana dalam menyebarluaskan maklumat terkini kepada masyarakat.

Ismail Sabri memberitahu, kerajaan sentiasa mengutamakan kepentingan kaum wanita termasuk anggota PERTAMA yang telah banyak berjasa terhadap arus pembangunan negara.

” Ini dapat dilihat apabila Kerajaan bersetuju menubuhkan Majlis Wanita Negara (MWN), Jawatankuasa Eksekutif Wanita Negara (JEWN) dan Jawatankuasa Kerja Wanita Negeri (JKWNi) bagi memperkasa peranan wanita di peringkat Persekutuan sehingga ke peringkat negeri pada akhir tahun lalu.

” Sewaktu Hari Wanita, saya turut mengumumkan kebenaran bekerja di rumah (BDR) bagi wanita yang kematian suami mengikut tempoh yang bersesuaian,” ucapnya di majlis hi-tea PERTAMA bersama Perdana Menteri di Hotel Premiera, pada Isnin.

Malah katanya baru-baru ini, Rang Undang-undang (RUU) Anti Gangguan Seksual (AGS) 2021 yang diluluskan di Dewan Rakyat juga berjaya diluluskan di peringkat Dewan Negara untuk dikuatkuasakan secara berperingkat mengikut fasal.

“Sebelum ini, saya turut mengarah agar penyertaan golongan wanita dalam GLC dan GLIC sekurangkurangnya 30 peratus sebagai ahli lembaga pengarah
menjelang mesyuarat agung tahunan pada tahun 2023.

” Sehingga kini, sebanyak 210 buah syarikat sendirian berhad telah mempunyai lebih 30 peratus wanita dalam lembaga pengarah syarikat daripada 900 buah syarikat sendirian berhad.

“Suruhanjaya Sekuriti (SC) juga telah meminda senarai keperluan (listing requirement) Bursa Malaysia untuk mewajibkan semua syarikat yang tersenarai di Bursa
Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya seorang Ahli Lembaga Pengarah wanita. Pihak SC menggunakan pendekatan yang standard di mana semua syarikat besar dengan permodalan pasaran (market capitalization) sebanyak RM2 juta (pada 31 Disember 2021) akan melaksanakan keperluan ini bermula 1 September ini manakala bagi syarikat-syarikat lain pula, ia berkuatkuasa mulai 1 Jun 2023,” ujar beliau.

Menurut Perdana Menteri, ini merupakan komitmen kerajaan terhadap golongan wanita Keluarga Malaysia yang diharap mendapat sokongan padu pihak media termasuklah PERTAMA.

“Saya merasakan wanita di negara ini bukan sekadar perlu dihormati tetapi wajar diberikan pengiktirafan.

“Memandangkan PERTAMA kini menginjak satu usia yang dianggap matang dan berjaya melahirkan banyak nama besar, saya berharap persatuan ini dapat membantu kerajaan dalam menaikkan tahap profesionalisme kewartawanan negara,” kata Ismail Sabri.

Perdana Menteri memberitahu beliau dimaklumkan PERTAMA, yang diasaskan oleh Allahyarham Puan Azah Aziz, antaranya bertujuan menggalakkan lebih ramai wanita menceburi bidang kewartawanan selain diberi peluang memegang jawatan penting dalam organisasi media massa.

Dalam perkembangan berbeza, Ismail Sabri berkata pembentangan Bajet 2023 pada bulan Oktober akan terus memberi penekanan kepada kebajikan
Keluarga Malaysia dan juga kesediaan negara berdepan kemungkinan krisis ekonomi global yang lebih mencabar berbanding sebelum ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat