KUALA LUMPUR – Pas mendesak agar kerajaan memberi ruang dan kebebasan untuk rakyat bersuara.
Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari mendakwa PKR Putrajaya mahu supaya Dataran Merdeka dihalang dari dilaksanakan himpuan Turun Anwar.
“PKR Putrajaya mahu supaya Dataran Merdeka dihalang dari dilaksanakan himpuan Turun Anwar.
“Kenapa takut benar dengan suara rakyat? Beri sahajalah ruang untuk rakyat bersuara.
“Hakikatnya, siapakah yang masih percaya PKR parti reformasi? soal ahli Parlimen Pasir Mas itu.
Merujuk kepada rancangan Pemuda Pas mengadakan himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka pada 26 Julai ini, Fadhli berkata kawasan awam itu tidak sepatutnya ditutup kepada para peserta protes.
Semalam, FMT melaporkan PKR Putrajaya membuat laporan polis terhadap portal berita dalam talian Pas – Harakahdaily – berhubung artikel yang didakwa berunsur hasutan kerana mempromosikan protes terhadap perdana menteri.
Dalam sidang media di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, Timbalan Ketua PKR Putrajaya, Shariff Jeev, mendakwa kandungan artikel berkenaan berunsur hasutan yang boleh menghasut orang ramai.



