Kadang-Kadang, Saya Sangat Marah Dengan Annuar Musa

- Advertisement -

Saudara Pengarang,

Salah satu tugas saya yang sangat mencabar ialah memastikan rakyat kita di luar negara memahami dasar-dasar Kerajaan. Semasa Pak Lah menjadi Perdana Menteri, polisi Islam Hadhari merupakan trademark Pak Lah. Ia lebih kepada kesederhanaan sahaja pun.

Pengalaman agak mencabar semasa DS Najib menjadi Perdana Menteri, di mana saya membawa konsep 1Malaysia. Ia pula hal perpaduan sahaja pun. Apabila Tun Dr. Mahathir menjadi PM kali kedua, saya menulis dan berceramah mengenai Malaysia Baharu. Ia berkaitan ‘new politic’ and ‘new perspective’.

Di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin, saya terlibat dalam panel discussion Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Pendek kata semua Kerajaan dan semua Perdana Menteri saya terlibat. Itulah principal in democracy di mana kita kena loyal kepada government of the day dan kepada national interest.

Antara pengalaman saya dengan para Menteri, saya sangat terkesan dengan pembawaan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa. Saya mengenalinya sekian lama, sebelum beliau menjadi Menteri. Satu perkara yang tidak berubah ialah, prinsip politik dan perjuangan beliau tidak goyang. Sama ada memegang jawatan atau tidak dalam parti, beliau konsisten dengan prinsip NO DAP NO Anwar, saya tidak pernah persoalkan, kerana itu prinsip dia.

Apa yang membuat saya kadang-kadang geram dan marah ialah Annuar Musa ini terlalu mengasihani lawan politiknya, tidak membalas, tidak berdendam malah membiarkan dirinya difitnah. Saya kata, Tan Sri tak boleh selama-lamanya merelakan tukang fitnah hanya memohon maaf, kemudian selesai begitu sahaja.

Sudah banyak kes, antaranya pada 7 Disember, 2020 Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai yang pada mulanya memfitnah Annuar Musa berkenaan penjualan 42 bidang tanah DBKL akhirnya menyerahkan surat pengakuan maaf dan menarik balik kenyataan fitnah terhadap Annuar Musa. Ramai peguam di luar sana pasti kecewa dengan sikap pemaaf Annuar Musa.

Serupa juga fitnah bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Lokman Noor Adam turut memohon maaf kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa di atas kenyataan salah dan tuduhan melulu yang dibuatnya di laman Facebook dan YouTube peribadinya pada 13 Disember 2020 lalu. Lokman berkata beliau mengakui kenyataan dikeluarkannya terhadap Annuar Musa berkenaan adalah salah dan mesej pesanan WhatsApp tersebut adalah tidak berkaitan langsung dengan Annuar.

Serupa serangan peribadi Dr. Puad Zarkazi tidak berapa lama dahulu, tetapi Annuar Musa tidak membalasnya sebaliknya terus istiqamah membantu warga Wilayah Persekutuan.

KISAH SEBENAR DI RUMAH PAK LAH

Ramai orang tidak tahu bahawa ketika Annuar Musa singgah sebentar di rumah Pak Lah, lawatan itu adalah sebahagian jadual rasmi beliau sebagai Menteri. Sebelumnya, Annuar Musa dengan pegawai-pegawai Kerajaan baru sahaja dari program pagi di Kuala Lumpur.

Pada mulanya, Tun Jeanne isteri Pak Lah bercadang menemui Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa untuk membincangkan program lanskap bagi mengindahkan panorama dengan pokok-pokok hijau. Kita semua tahu, Tun Jeanne, yang juga Presiden Landskap Malaysia, sangat berminat dengan tanaman pokok-pokok hijau dan lanskap sejak dulu lagi.

Annuar Musa pula berfikiran sebagai isteri mantan Perdana Menteri, amat wajar kepadanya menghormati keluarga Pak Lah. Adalah lebih baik dia merendahkan diri mengunjungi Pak Lah sekeluarga selepas selesai majlis rasmi di Kuala Lumpur. Tidak manis kalau mereka yang mendatangi Annuar Musa di pejabat hanya kerana dia Menteri.

Itulah adat kita orang Melayu dan sebagai orang Islam, kita dididik menghormati orang yang lebih tua apalagi yang sangat berjasa kepada Negara. Maka Annuar Musa membawa isteri supaya dapatlah menyantuni Tun Jeanne juga. Inilah diplomasi, budi bicara dan budaya kita orang Melayu.

Itu sebenarnya yang berlaku, bukan suka-suka datang untuk makan sahaja, tetapi untuk membantu menjayakan hasrat Tun Jeanne yang sangat mencintai lanskap dan kehijauan sambil berkunjung hormat.

Saya secara peribadi berpendapat MKN perlu mempunyai panduan yang lebih jelas kepada menteri-menteri supaya mereka sebagai frontliner boleh bergerak semasa dalam tugas rasmi. Kita semua tahu rakyat mahu melihat menteri-menteri sendiri turun padang menyantuni dan bertemu bincang keperluan rakyat, maka menteri perlu diberi kelonggaran melaksanakan tugas itu.

Pertemuan itu tidak pun berjam-jam, Annuar Musa segera kembali ke lapangan kerana banyak kerja perlu disegerakan terutama untuk memastikan warga Kuala Lumpur mencapai sasaran 100% menerima dose 1 dan dose 2. Walaupun warga kota sudah mencapai sasaran 100% tetapi Annuar Musa telah memberikan arahan supaya cari lagi supaya tidak ada seorang pun warga kota tercicir dalam program vaksinasi.

Hotel Grand Season.

Pernahkah anda melihat Hotel Grand Season yang suatu masa dahulu sibuk dengan pelancong dari India, Eropah dan China? Oleh kerana sudah bertahun tidak beroperasi, Annuar Musa mentransformasikan hotel itu menjadi Rumah Prihatin Grand Seasons berkonsepkan hotel kebajikan. Dalam hotel itu akan ada pelbagai kemudahan seperti Klinik Kesihatan Mental.

Annuar Musa bekerja keras kerana dia mahu membuka ibu kota Kuala Lumpur seberapa segera supaya warga bandaraya Kuala Lumpur akan kembali menikmati hidup normal seberapa segera.

Hari ini saya difahamkan, Annuar Musa mempunyai sesi engagement secara online dengan wakil-wakil rakyat DAP, PKR, UMNO dan sebagainya di wilayah persekutuan. Inilah dia new politics and new perspective dalam new era yang tidak pernah berlaku pada zaman sebelumnya.

Akhir kata, saya berharap Annuar Musa akan terus fokus membantu rakyat.

Ikhlas,
Dr. Zach
Sains Politik,
Putrajaya, 16 Julai 2021

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat