Anwar seru Johor pilih politik yang menyatukan, mencambah kasih sayang

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Madani pimpinannya telah memacu negara ke arah tatakelola diperketat, ketirisan diperangi, pelaburan dipertingkat dan keyakinan dunia terhadap Malaysia memulih.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu memberitahu, perjuangannya tidak pernah semata soal memenangi pilihan raya.

Malah kata Anwar, ia adalah medan penentu apakah Malaysia akan terus dipacu politik lama yang sarat dengan kebencian dan salah guna kuasa, atau bergerak ke depan sebagai tatanan yang berpaksi pada prinsip pertanggungjawaban, keadilan dan ihsan kepada rakyat terbanyak.

“Kita telah membuktikan bahawa apa yang didambakan itu tidak sekadar slogan. Tatakelola diperketat, ketirisan diperangi, pelaburan dipertingkat dan keyakinan dunia terhadap Malaysia memulih.

“Namun, perjalanan ini masih panjang dan jauh dari sempurna sifatnya. Masih banyak yang perlu diperbetul, masih ramai rakyat yang perlu dibela dan disantuni, masih banyak suara yang perlu didengar, masih melata lompong-lompong sistem yang perlu ditutup, serta serba serbi permasalahan lain yang perlu diberi tumpuan dan diharungi bersama,” kata Presiden PKR itu.

Lantaran itu, Anwar menyeru bangsa Johor agar terus berdiri teguh mempertahankan politik harapan, politik yang menyatukan serta politik yang mencambah kasih sayang.

“Dengan dukungan rakyat, kita akan terus bekerja dengan lebih gigih mengangkat martabat negara dan memastikan Malaysia muncul sebagai negara yang kuat, saksama dan bermaruah,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat