PH kritik “pelan” tergesa-gesa Mahiaddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mengkritik Pelan Pemulihan Negara yang dibentang Perdana Menteri semalam kerana dianggap “tiada sebarang pelan”.

Dalam satu kenyataan media bersama iaitu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mereka berpandangan Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Md Yasin telah mempersembahkan satu ‘pelan’ tanpa apa-apa pelan yang sebenar.

“Ini adalah satu pengumuman tergesa-gesa yang cuba mengalih pandangan rakyat dari keadaan kepimpinan yang terumbang-ambing, hilang arah, dan gagal berkali-kali untuk mengawal pandemik ini dengan baik.

“Jika diikut juga ‘pelan’ ini, akhirnya yang akan dipersalah dan menjadi mangsa sekiranya pandemik tidak dapat dikawal adalah rakyat,” kata PH.

Menurut mereka bertiga, pelan yang dibentang Mahiaddin semalam agak mengejutkan kerana ia didapati hanyalah siri fasa tanpa strategi yang lengkap mahupun langkah-langkah yang jelas, bersepadu dan menyeluruh untuk mengatasi pandemik Covid-19.

“Seperti memberi bantuan secukupnya kepada Rakyat serta syarikat-syarikat yang sedang menderita, memulihkan ekonomi, dan menyegerakan kebangkitan semula Malaysia. Ia bagaikan satu ‘pelan mengaku kalah’ pada pandemik Covid-19.

“Malah lebih mengejutkan ialah siri fasa ‘pelan’ tersebut kononnya berasaskan sains dan data, namun realitinya data yang dimaksudkan tidak telus, tidak terbuka dan tidak terperinci untuk diteliti orang ramai, dan mudah termanipulasi seperti yang pernah kita saksikan sebelum ini,” kata PH lagi.

Semalamkm Putrajaya membentangkan Pelan Pemulihan Negara sebagai strategi peralihan keluar secara berfasa daripada kemelut pandemik Covid-19.

Strategi terbabit merangkumi empat fasa dan akan membabitkan pelan peralihan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat