Selepas Jepun, Giliran China Sumbang 500,000 Dos Vaksin Sinovac Kepada Malaysia

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien, berkata kerajaan China akan menyumbang 500,000 dos vaksin Sinovac kepada Malaysia.

Kata Hishammuddin, beliau menerima panggilan telefon dari rakan sejawatnya dari China, TYT Wang Yi untuk memaklumkan sumbangan vaksin Sinovac tersebut.

“Semalam saya menerima mesej daripada rakan sejawat di  China, TYT Wang Yi – memaklumkan China bersetuju menyumbang 500,000 dos vaksin SinoVac-CoronaVac kepada  Malaysia.” kata Hishammuddin.

Ujar Hishammudin, Malaysia sentiasa amat hargai bantuan dan kerjasama rakan-rakannya terutama di era pandemik ini.

“Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya berterima kasih kepada Kerajaan Republik Rakyat China. Ini akan bantu usaha Malaysia perangi #COVID19 terutama menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.” katanya.

Dalam pada itu semalam, kerajaan Jepun akan menyumbang vaksin AstraZeneca yang dikeluarkan di negara tersebut kepada Malaysia.

Kata Hishammuddin, sumbangan yang bakal diterima ini adalah satu perkembangan yang sangat baik dan akan membantu Program Imunisasi #COVID19 Kebangsaan.

Ujar beliau lagi, ianya melambangkan keakraban kedua-dua negara Malaysia-Jepun dalam pelbagai bidang.

“Ini perkembangan yang sangat baik dan akan membantu Program Imunisasi #COVID19 Kebangsaan.

” Saya amat berterima kasih kepada rakan sejawat, Menteri Luar Jepun, TYT Motegi Toshimitsu serta Kerajaan Jepun atas kesudian menyumbang vaksin AstraZeneca kepada Malaysia. Ia melambangkan keakraban hubungan Malaysia- Jepun merangkumi segenap bidang. InsyaAllah, Wisma Putra akan terus bantu sebaiknya usaha negara melawan pandemik menerusi kapasiti Kementerian ini, ” kata Hishammuddin melalui Facebooknya. -SuaraTV

: https://suara.tv/16/06/2021/kerajaan-jepun-sumbang-vaksin-astrazeneca-kepada-malaysia-hishammuddin/

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat