Kami Tolak Cadangan Mahathir Jadi Calon PM – Pembantu Anwar

Isu keabsahan sesebuah kerajaan kini jadi tumpuan rakyat – Salahuddin

CYBERJAYA: Isu keabsahan sesebuah kerajaan mula menjadi perhatian dan penting untuk rakyat, kata Timbalan Presiden Parti Amanah (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub. Salahuddin berpendapat rakyat...

PH Johor tunggu dan lihat perkembangan sidang Dun

CYBERJAYA: Pakatan Harapan (PH) Johor mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung situasi yang akan berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ahad, kata Majlis...

Bung Moktar jamin kemelut di Perak tidak akan merebak ke Sabah

CYBERJAYA: Apa yang berlaku di Perak tidak akan terjadi di Sabah, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau berkata, UMNO Sabah...

KKMM lipat ganda komunikasi sukarelawan, optimum peranan sukarelawan

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan melipatgandakan kerja 'komunikasi sukarelawan' dengan merapatkan hubungan dan kerjasama pelbagai bentuk atau kumpulan sukarelawan serta hubungan...

Ahmad Faizal letak jawatan selepas MB baharu dipilih

IPOH: Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan meletak jawatan selepas Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)...

Dakwaan bahawa Pakatan Harapan (PH) sudah bersetuju Dr Mahathir Mohamad menjadi calon perdana menteri manakala Anwar Ibrahim timbalannya adalah tidak benar, kata seorang pembantu presiden PKR itu.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, menafikan laporan yang disiarkan Free Malaysia Today (FMT) berhubung gandingan Mahathir-Anwar.

Sebaliknya kata pengerusi PKR Perak itu, hal berkenaan masih dalam perbincangan.

Terdahulu FMT mendakwa PH bersetuju mencalonkan Mahathir sebagai perdana menteri bagi mengambil alih kerajaan daripada Perikatan Nasional.

Memetik sumber dalaman PKR yang tidak dinamakan, portal berita itu melaporkan Mahathir akan berkhidmat sebagai perdana menteri sehingga akhir 2020 sebelum menyerahkan jawatan tersebut kepada Anwar.

Persefahaman itu didakwa dicapai melalui perjanjian bertulis.

Persetujuan di antara PH dan kumpulan Mahathir menjadi kebuntuan utama yang menghalang kerjasama mereka dalam usaha merampas semula kerajaan yang ditubuhkan ekoran Langkah Sheraton akhir Feb lalu.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil memaklumkan kepada media tengah hari tadi, kepemimpinan PH akan mengeluarkan kenyataan mengenai hal itu lewat hari ini.

Sementara itu Farhash berkata pihaknya tidak akan menerima pencalonan Mahathir.

“Kami menolak cadangan untuk menjadikan Tun (Mahathir) sebagai perdana menteri,” katanya.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan