SPRM Tahan Penasihat Khas Ahli Parlimen

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah syarikat bergelar Datuk kerana disyaki melakukan tuntutan palsu bagi kerja-kerja yang tidak dilaksanakan tahun lalu.

Menurut sumber yang dipetik My Metro, lelaki berusia 43 tahun itu merupakan Penasihat Khas kepada seorang Ahli Parlimen di Johor

Penahanan tersebut dibuat petang hari ini.

“Beliau dikatakan mengemukakan dan menuntut bayaran sebanyak RM58,000 kepada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen berkenaan bagi kerja-kerja pembekalan makanan di Majlis Rumah Terbuka Peringkat Parlimen berkenaan walaupun ia tidak pernah dilakukan.

“Siasatan dibuat mengikut seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan akan dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagi permohonan reman mengikut seksyen 117 kanun acara jenayah esok,” katanya.

Penahanan berkenaan disahkan Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Razaliah Abdul Rahman.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat