Bekas Setiausaha Politik Terkejut Dr Mahathir Jumpa Anwar Rayu Jawatan PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad sangat terkejut bekas majikannya itu sanggup bertemu Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan sanggup merayu semula jawatan perdana menteri.

Zahid Md Arip berkata tidak mudah bagi beliau untuk mengulas tentang Mahathir dan keluarganya, memandangkan pernah berkhidmat dengannya dan bekas perdana menteri itu juga berkawan dengan datuknya.

“Saya sangat terkejutlah bila Mahathir sanggup pergi ke pejabat PKR, sanggup menemui Anwar, sanggup merayu semula jawatan perdana menteri, dalam keadaan ‘number’ (sokongan wakil rakyat) tidak menentu sama ada ada atau tidak.

“Itu sangat memeranjatkan saya,” katanya pada sidang media selepas mengangkat sumpah senator di Parlimen hari ini.

Mahathir minggu lalu bermesyuarat dengan Anwar dan pimpinan Pakatan Harapan di ibu pejabat PKR, membincangkan usaha mengambil alih kerajaan daripada Perikatan Nasional.

“Bukan mudah untuk saya komen tentang Mahathir, seperti mana juga Muhyiddin. Saya ucapkan selamat maju jaya,” kata Zahid.

“Saya menyeru kepada kawan-kawan saya yang berada dalam PPBM marilah kita bersatu dan memberi sokongan kepada Perdana Menteri Muhyidddin, presiden PPBM,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat