Biskut Coklat Chip Ala Famous Amous Dengan Resepi Viral

- Advertisement -
Biskut Coklat Chip Ala Famous Amous Dengan Resepi Viral Yang Dah Ramai Berjaya Cuba-Alhamdulillah-Syukur tidak terhingga meskipun beraya di perantauan, kita masih dapat meraikan Aidilfitri dengan seceria yang mungkin.Mudah-mudahan anda yang sedang baca post ni pun rasa hal yang sama.Bukanlah kita tak boleh bersemuka langsung dengan ayah bonda di kampung halaman, dengan kemudahan teknologi, kita masih dapat bersua muka dengan ibu bapa tercinta:)
 Biskut Coklat Chip Ala Famous Amous Dengan Resepi Viral Yang Dah Ramai Berjaya Cuba
Alhamdulillah, akhirnya cookies ini berjaya dihasilkan secara homemade dari kitchen saya sendiri.
First time try, not bad lah kann.hihi.
Sesiapa yang dah mencuba resepi ini, pasti tahu akan rasa cookies ini yang sedang elok manisnya, sangat crunchy ( bukan rapuh ya) dan pastinya bau cookies ini memang sangat harum dan memikat deria bau kita-Phew.Korang cubalah buat sendiri.
Penghujung Ramadan saya masih gigih buat cookies raya.haha. Over nau nampaknya kann.Sebenarnya saya dah siap masak-masak bagai pada hari Jumaat lagi sebab mengekalkan tradisi  ” Munjong” masyarakat Jawa. Den dan En Suami geng anak Jawa yang beraya diperantauan.ceh gitu.
Jadi, lepas solat subuh pagi Sabtu, saya bagitahu kat En Suami, hari ni saya nak buat cookies lagi sebab takde apa nak buat.Semalam dah masak segala bagai.
Biskut coklat chip versi saya yang tak berapa nak nampak sangat coklat chipnya.kann?Sebenarnya saya tak masukkan semua coklat chip dan almond yang dibeli.Saya tak suka kalau terlalu banyak sangat coklat dan almond tu.Rupanya sikit sangat pulak hasilnya.Tapi rasa biskut ini memang dah sedia sedap kalau kita buat plain je pun.no worries okey!
Sebenarnya saya tengah kemaruk mencuba beberapa resepi yang saya dah simpan.Kebetulan banyak lagi bahan-bahan buat biskut.Seperkara lagi, biskut Mazola saya dah sold out.Jadi pagi Sabtu, saya buat dua jenis cookies iaitu Biskut Coklat chip dan juga Biskut Mazola sebab top up yang buat kelmarin dulu dah nak clear.Bertabahlah.
Resepi Biskut Coklat Chip Ala Famous Amous Dengan Resepi Viral 
Yang Dah Ramai Berjaya Cuba
Sumber resepi : Grup Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Dicuba oleh : Cik Matahariku
RESEPI BISKUT CHOC CHIP ALA FAMOUS AMOS
1. Bahan A: Kacau Rata (Semua bahan ini hanya perlu dikacau sebati saja )
250 gram Butter
1 1/4 cawan brown sugar
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur
Bila dah kacau, masukkan pula bahan B seperti bawah.
2. Tambahkan Bahan B
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
6 sudu besar minyak
*2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)
Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat.
3. Sejukkan Adunan
Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam.
4. Sedia Dibakar
Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.
Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.
5. Masukkan Dalam Oven
Bakar 20 minit suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.
SIAP!Bila nampak biskut dah mengembang dan baunya dah harum semerbak, itu tandanya biskut dah hampir masak.
Cara Menyediakan Biskut Coklat Chip

 

 Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan Biskut Coklat Chip Almond yang crunchy dan sedap. Boleh rujuk resepi kat atas ya.
 Semua bahan ni kita kacau bagi sebati dengan spatula sahaja.
 Part ni saya dah masukkan tepung jagung dan juga saya tambah dua sudu teh serbuk koko. Dalam resepi asal tak letak ya.Saya nak ada rasa sedikit coklat pada tekstur biskut.
 Yang ini pula saya dah masukkan tepung gandum, diikuti coklat chip dan almond yang dah ready hancur.Saya sangai jap badam ni dalam kuali dengan tanpa minyak.
 Guna sudu dan bentuklah ikut suka cookies korang.Adunan ni memang lembik sikit.Asalnya saya nak bentukkan comel dan bulat-bulat gitu, tapi susah nak jadi sebab adunan yang lembik.Dah rupa cookies ni memang gitu, saya pasrah jelah.
yay! dah siap bakar dengan suhu 150 darjah dalam masa 20-25 minit, ikut oven korang macam mana kepanasan dia eh.Time dia dekat nak masak, signal dia ialah cookies ini akan berbau harum semerbak macam yang korang selalu “terbau” kat kedai Famous amous tu.heh.
Orait, selamat mencuba semua 🙂
Sumber:- cikmatahariku
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat