RUU digubal bukan untuk selamatkan tengkuk ahli politik – Isham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Rang-rang undang yang digubal di Parlimen perlu dibuat untuk kepentingan rakyat dan bukan untuk menyelamatkan tengkuk segelintir ahli-ahli politik dalam kerajaan, bidas Isham Jalil.

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu berkata, beliau lihat Rang Undang-undang Penggal Tetap seperti yang dicadangkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bukanlah untuk kepentingan rakyat tetapi untuk kepentingan diri segelintir ahli-ahli politik dalam kerajaan termasuk Zahid sendiri.

Dakwa Isham, mungkin ada yang takut jika kerajaan bertukar mereka akan hilang kuasa dan jawatan dan mungkin akan kembali didakwa di mahkamah dan masuk penjara dalam masa terdekat.

“Rang undang-undang ini juga akan menghalang kebebasan wakil-wakil rakyat di Parlimen untuk menukar Perdana Menteri dan kerajaan di tengah penggal sekiranya Perdana Menteri dan kerajaan sedia ada gagal mentadbir negara dengan baik atau telah hilang sokongan rakyat atau wakil-wakil rakyat di Parlimen.

“Ini boleh menyebabkan keadaan di mana Perdana Menteri dan kerajaan menjadi leka (atau complacent) untuk melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap rakyat dan negara dengan cekap dan amanah; keadaan ini adalah tidak baik untuk rakyat.

“Ia juga boleh membuka ruang kepada salah guna kuasa oleh Perdana Menteri dan kerajaan apabila mereka tahu mereka akan kekal memegang kuasa sehingga habis penggal walaupun mereka gagal, tidak buat kerja, terlibat dalam rasuah atau sebagainya,” ujar Isham.

Ulas beliau lagi, Perlembagaan Persekutuan membenarkan pertukaran Perdana Menteri dan kerajaan di tengah penggal jika Perdana Menteri sedia ada tidak lagi mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat pada hemat Yang di-Pertuan Agong.

“Rang Undang-undang yang dicadangkan oleh Timbalan Perdana Menteri ini bukan sahaja mengekang suara rakyat dan wakil-wakil rakyat di Parlimen, tetapi juga mengekang kuasa dan budi bicara Agong untuk menukar Perdana Menteri yang pada hemat Baginda telah hilang sokongan wakil-wakil rakyat di tengah penggal.

“Sekiranya Perdana Menteri dan kerajaan gagal mentadbir dan mengakibatkan kesengsaraan rakyat, adalah memudaratkan jika rakyat dan Agong perlu menunggu sehingga habis penggal untuk menukar mereka (Perdana Menteri dan kerajaan).

“Jika rakyat susah dan tidak makan akibat kegagalan kerajaan, mereka tidak boleh tunggu lima tahun. Semak imbang kerajaan oleh rakyat dan wakil-wakil rakyat perlu dilakukan secara berterusan dan bukan hanya setiap lima tahun dalam pilihanraya umum. Sebab itu peruntukan dalam Perlembagaan selama ini membenarkan pertukaran Perdana Menteri dan kerajaan di tengah penggal,”katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat