Imigresen tahan 27 warga Bangladesh gagal proses verifikasi cap jari

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Seramai 27 lelaki warga Bangladesh ditahan Jabatan Imigresen (JIM) selepas gagal menjalani proses verifikasi cap jari bagi pendaftaran Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 (RTK 2.0) di Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata, kesemua mereka ditahan ketika menjalani proses verifikasi cap jari itu di Pejabat RTK 2.0, Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Jalan Duta, 11 pagi.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati ada pindaan pada butiran nombor pasport lama dan butiran diri dalam pasport kesemua warga Bangladesh berkenaan.

“Seorang wanita warga tempatan berusia 39 tahun turut ditahan dan dipercayai melakukan kesalahan mengikut Seksyen 56(1A)(a) Akta Imigresen 1959/63.

“Kesemua warga Bangladesh berusia 24 hingga 46 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 56(1)(l) akta sama,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Katanya, semua warga Bangladesh itu ditempatkan di Depot Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan dan tindakan lanjut. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat