Rasuah Sabah: PM tak akan singkatkan lawatan, jawab isu boleh dibuat di mana saja – Fahmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berhasrat memendekkan lawatan kerjanya di luar negara sehingga Rabu akan datang meskipun negara kecoh dengan siri pendedahan rasuah terkait Adun Sabah.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil berkata, dalam era teknologi kini ia memudahkan Perdana Menteri untuk menjawab atau mengulas isu walau di mana saja beliau berada.

“Perdana Menteri akan kembali ke Malaysia pada Rabu depan.

“…dan sudah pasti dalam zaman sekarang sekiranya perlu beliau menjawab apa-apa isu ataupun memberi komen boleh dibuat di mana saja beliau berada.

“Jadi itu saya lihat tidak ada isu,” jelas ketika ditanya keperluan untuk Anwar memendekkan lawatan kerjanya bagi menjawab skandal rasuah terkait Adun Sabah.

Menteri Komunikasi itu juga mengulang pendirian Perdana Menteri supaya pemberi maklumat membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Beliau (Anwar) telah nyatakan untuk memohon perlindungan secara blanket itu tidak mungkin.

“(Pemberi maklumat) perlu mengikut proses berlandaskan undang-undang sedia ada dan kita mohon supaya pemberi maklumat ini buat laporan dengan pihak SPRM,” kata Fahmi ketika sidang media pasca Kabinet di Putrajaya pada Jumaat.

Untuk rekod, dakwaan skandal rasuah melibatkan beberapa Adun Sabah mengemparkan negara selepas rakaman suara didakwa milik seorang Adun tular di medoa sosial baru-baru ini.

Dakwaan itu berkaitan sogokan kontraktor terhadap Adun yang terlibat bagi mendapatkan projek di negeri berkenaan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat