‘WAR ON TERROR : KL ANARKI’ bakal ditayangkan pada 23 November 2023

- Advertisement -

Sebuah filem aksi arahan bersama oleh Kroll Azry dan Frank See yang berjudul ‘WAR ON TERROR : KL ANARKI’ (WOT:KLA)’ bakal ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia dan Brunei mulai Khamis, 23 November 2023.

Tayangan perdana filem ‘WAR ON TERROR : KL ANARKI’  telah berlangsung pada 14 November 2023 bertempat di Golden Screen Cinema Lalaport Kuala lumpur.

Filem WOT:KLA merupakan sebuah filem yang padat dengan aksi, debaran dari awal hingga ke akhir dan menampilkan barisan pelakon hebat seperti Aedy Ashraf, Farali Khan, Adlin Aman Ramlie, Daiyan Trisha, Qi Razali, Noki K-Clique, Naque Ariffin, Kahoe Hon, Sasidaran Subramaniam, Samarinna Tolhip, Daniel Gan, Laura Olivia dan Wan Hanafi Su.

“Saya dapat merasakan penonton sangat teruja untuk menonton filem ini kerana jalan cerita yang berbeza dari filem-filem yang pernah ditonton. Selain itu, penampilan barisan pelakon yang mantap mampu menyampaikan jalan cerita filem ini dengan lebih jelas kepada para penonton,” jelas Kroll Azry.

Memetik kata-kata Pengarah Urusan Kumpulan Multimedia iaitu Datuk Steven Lim, “Kerjasama dalam menjayakan filem ini sebenarnya adalah untuk menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada usaha dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama bertahun-tahun dalam menjaga dan memelihara keselamatan negara, rakyat, nyawa, dan harta benda”.

Filem ini dipersembahkan oleh Polis Diraja Malaysia, Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas, Astro, Six Fun Media, dan dipersembahkan bersama HONOR X9b, dengan sokongan penaja utama CUCKOO

Sinopsis filem ‘WAR ON TERROR : KL ANARKI’ (WOT:KLA)

Sekumpulan pengganas yang diketuai oleh Lang telah meletupkan sebuah stesen keretapi di Pantai Timur. Pasukan khas polis E8 diketuai oleh Senior Asisten Komisioner Polis (SAC) Rahman dan anggotanya Khalid, Anis, Zack dan Bob diarahkan untuk menyiasat.

Hasil siasatan mereka telah membongkar kemungkinan akan ada lagi serangan pengganas di Kuala Lumpur. Berdasarkan maklumat risikan, mereka telah menyerbu kumpulan pengganas tersebut dan telah berjaya memberkas Lang namun adiknya Joe telah berjaya meloloskan diri.

Keadaan menjadi rumit apabila Joe mengugut untuk meletupkan bandar Kuala Lumpur sekiranya abangnya Lang tidak dibebaskan. Kini pihak polis perlu berlumba dengan masa kerana ancaman pengganas ini boleh mengorbankan banyak nyawa di Kuala Lumpur.

Jadi jangan lupa untuk menyaksikan filem aksi ‘WAR ON TERROR : KL ANARKI’ (WOT:KLA)’ di seluruh pawagam malaysia dan Brunei pada 23 November 2023 dan memberi sokongan kepada industri filem tempatan.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat