Dr Zaliha tolong laksana GEG, kredit milik anda sepenuhnya – KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin Abu Bakar merayu kepada Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa supaya melaksanakan dasar Rang Undang-Undang (RUU) Generasi Penamat Perokok (GEG) demi menyelamatkan lebih banyak nyawa.

Selaku bekas Menteri Kesihatan, Khairy memberitahu Dr Zaliha bahawa pelaksanaan GEG ini sangat penting untuk kesihatan awam.

“Teruskan menyokong GEG semua. Ini akan menjadi salah satu undang-undang yang paling penting untuk kesihatan awam.

“Dr. Zaliha tolong buat. Kredit akan menjadi milik anda sepenuhnya. Mari kita selamatkan beberapa nyawa,” katanya di InstgaramStorynya, semalam.

Khairy menyelar tanggapan sesetengah pihak yang masih menentang pelaksanaan dasar Rang Undang-Undang (RUU) Generasi Penamat Perokok (GEG).

Ujar beliau, ada sesetengah pihak yang lebih risau dirinya akan mendapat kredit jika dasar itu dilaksanakan berbanding nyawa rakyat yang saban hari dipertaruhkan.

“Saya terdengar seorang ahli parlimen kanan di parlimen berkata, ‘Kenapa kita perlu sokong GEG? Kita akan kehilangan hasil daripada duti ke atas rokok. Dan jika kita lulus, KJ akan mendapat kredit’.

“Alangkah kerdil dan kecil pemikiran awak. Ini bukan tentang siapa yang mendapat kredit. Cuba bayangkan, kerajaan mengutip kira-kira RM5 bilion daripada duti ke atas rokok.

“Tetapi kos rawatan penyakit kardiovaskular, kanser paru-paru dan penyakit lain berkaitan dengan merokok? RM6 bilion setahun dan akan meningkat kepada RM8 bilion dalam beberapa tahun akan datang,” catat Khairy lagi.

Justeru katanya,kerajaan sudah berbelanja lebih banyak untuk merawat hasil kesihatan negatif merokok daripada jumlah cukai yang dikutip daripada rokok.

“Tidak hairanlah, tiada siapa yang mahu anda kembali sebagai menteri (persekutuan atau negeri). Tidak berminat untuk menyelamatkan nyawa. Berfikir tentang politik 24 jam. Matematik pun gagal,” katanya.

GEG ialah dasar baharu yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan bagi mewujudkan generasi baru yang bebas tabiat merokok termasuk penggunaan rokok elektronik terutama generasi muda yang lahir selepas 2007.

Pada 5 Oktober lalu, Dr. Zaliha berkata, Pembentangan RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU GEG tersebut akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Parlimen pada 10 Oktober.

Bagaimanapun, pada tarikh tersebut, pembentangan itu ditangguhkan kepada suatu tempoh yang tidak dimaklumkan.

Ketika ini, RUU itu masih terkandung dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat yang bersidang bermula semalam hingga 30 November akan datang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat