Kajian semula tarif air domestik dijangka menjadi pemangkin positif kepada Ranhill Utilities – MIDF Research

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: – Kajian semula tarif air bagi sektor domestik dijangka menjadi pemangkin positif kepada Ranhill Utilities Berhad.

MIDF Research berkata, walaupun kadar semakan itu mungkin lebih kecil berbanding semakan tarif bukan domestik sebelum ini namun ia dilihat akan memberi kesan positif kepada pendapatan kumpulan itu.

Semakan itu sedang dijalankan kerana Ranhill akan memasuki Operating Period 6 (2024-2028) pada tahun hadapan.

“Kami masih menyukai Ranhill kerana penglibatan mereka dalam sektor tenaga boleh diperbaharui (RE) di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) dan kedudukan mereka sebagai antara pengendali air domestik dan serantau.

“Bagaimanapun, potensi semakan semula tarif air sektor domestik menyediakan skop peningkatan tetapi ia bergantung kepada hasil jaian semula kawal selia,” katanya dalam satu nota kajain, hari ini.

Terdahulu, pendapatan kumpulan pada suku dalam tinjauan melonjak 40% kepada RM609 juta berbanding RM434 juta tahun lalu, manakala pendapatan sesaham (EPS) menokok kepada 0.79 sen daripada 0.72 sen.

Peningkatan pendapatan bagi 3QFY23 disebabkan pengiktirafan lebih tinggi daripada pendapatan air Ranhill SAJ susulan kenaikan tarif bukan domestik.

Bagi tempoh sembilan bulan tahun kewangan 2023 (9MFY23), keuntungan bersih kumpulan itu melonjak 40.9% kepada RM33.4 juta berbanding RM23.7 pada tempoh sama tahun lalu.

Pendapatan kumpulan pula berjumlah RM1.7 bilion dalam 9MFY23, meningkat 34% daripada RM1.29 bilion tahun lalu.

Firma penyelidikan itu mengekalkan unjuran untung bersih FY24 dengan jangkaan pertumbuhan 6% hasil sumbangan sulung kilang LSS4 kumpulan yang dijangka memulakan operasi komersial pada Disember 2023.

“Kenaikan harga saham sejak kemasukan YTL Power sebagai pemegang saham yang utama, kami menyemak turun penarafan Ranhill kepada ‘neutral’ daripada ‘beli’ sebelum ini dengan harga sasaran (TP) 80 sen sesaham,” katanya.

– DagangNews.com

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat