Satu pertunjukan yang extravanganza dimana ‘LIVE IN CONCERT RADJA’ telah berjaya menarik seramai 5,000 peminat untuk hadir untuk menyaksikan persembahan kumpulan Radja serta penampilan istimewa dari Ratu Rock Ella di atas satu pentas.
Konsert yang berlansung di Megastar Arena @ Bukit Bintang bermula pada jam 8.00 malam itu membuatkan seluruh arena Megastar bergema dengan persembahan yang sungguh bertenaga serta membuatkan penonton bersorak dan ‘Sing Along’ dengan lagu-lagu hit mereka.
Kumpulan Radja yang berasal dari Banjarmasin, Indonesia, berasa bershukur kerana dapat hadir dan membuat persembahan di Malaysia dan lebih istimewanya disertai Ratu Rock negara Ella. Radja yang dianggotai oleh Ian Kasela (vokalis), Moldy Kusnadi (gitar) dan Seno Aji (dram) telah memberikan satu persembahan yang tidak dapat dilupakan oleh peminat mereka di Malaysia.
“Terima kasih kepada semua penonton yang hadir dan ‘sing-along’ kepada lagu-lagu Radja, serta buat ‘Queen of Rock Malaysia’ Ella kerana sudi bersama-sami kami dalam satu pentas, dan setinggi-tinggi penghargaan buat Dato’ Fazli dari Orange Entertainment International kerana merealisasikan impian kami.”
“Ini adalah ‘new chapter’ buat Radja kembali ke Malaysian dengan respon yang sungguh luar biasa dari peminat semua, terasa momen ‘intimate’ itu sepanjang konsert berlangsung,” kongsi Ian.
Konsert pada malam itu dimulai dengan ‘opening act’ oleh finalis Top 12 Dewi Remaja Edisi 2019, Shatirah Amanda menyampaikan dua buah lagu cover. Sesudah persembahan Shatirah Amanda , giliran Radja menguasai pentas dengan mendendangkan sebanyak 16 buah lagu-lagu hit mereka antaranya Cinderella, Manusia Biasa, Tulus, Takkan Melupakanmu, Angin, Jujur, Benci Bilang Cinta dan banyak lagi.
Pada Malam itu juga menyaksikan penampilan tiga putera Ian yang kesemuanya adalah penyanyi telah membuat persembahan bersama kumpulan Radja, tidak ketinggalan juga putera Seno yang juga seorang pemain drum diberi peluang untuk menonjolkan bakatnya di hadapan ribuan penonton agar dapat melebarkan bakatnya serta terus dikenali.
Arena Megastar kembali bergema dengan sorakan apabila Ella membuat kemunculan dengan bergabung suara bersama Ian menerusi lagu Jujur, seterusnya Ella mendendangkan lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah dan mengakhiri acara konsert menerusi lagu Takkan Melupakanmu.
Dato’ Mohd Fadzli Idrus, selaku CEO & Pengasas Orange Entertainment International berkata “Sejarah telah tercipta apabila dua legenda rock dari dua buah negara, Radja dan juga Ella disatukan dalam pentas yang sama, kami di Orange International menjanjikan sajian persembahan menarik untuk semua peminat muzik terutamanya penggemar muzik rock”